SELAMAT DATANG KE "FAIZAL KINI"

Tuesday, June 15, 2010

Air masak dan bayi


Pada masa dulu aku sentiasa melihat ibuku memberi air masak kepada adikku yang ketika itu masih bayi.Aku juga merasakan tindakan itu adalah betul kerana pemerhatian ku terhadap ibu-ibu lain juga sebegitu. Namun jangkaan ku itu silap setelah aku masuk ke universiti dan mengambil jurusan Sains Biokesihatan di Universiti Malaya. Dalam pengajianku baru ku sedar bahawa memberikan air masak kepada bayi sebenarnya suatu perbuatan yang tidak baik. Hal ini kerana bayi mempunyai perut yang kecil dan hendaklah diisi dengan susu ibu untuk pembesaran bayi yang baik. Jika ibu memberi air masak maka bayinya akan kenyang dan tidak mahu lagi minum susu.

Di tempat ku ada suatu kes yang mana seorang akak ni bertanyakan kepada ku , faizal kenapa anak akak tidak naik timbangannya. Dan aku tanya die, adakah die selalu bagi air masak kepada bayinya. Dia mengakui kerap memberikan air masak kepada bayinya. Bayi memerlukan nutrient yang optimum bagi tumbesaran yang sempurna dari aspek mental dan fizikal oleh itu jauh bayi anda daripada memberi air masak dan susui la mereka.

4 comments:

  1. baby kawe mutoh lepas kawe wi air masak. Sebelum tu dia dah minum susu... bakpo?

    ReplyDelete
  2. die kenyang la tu.perut sudah penuh

    ReplyDelete
  3. aku tanya kaunselor aku sal tu dia jawab x pon..mu silap org kutt

    ReplyDelete
  4. Susu ibu itu 80% air ..x perlu dicampur air masak pon x pe...anak saya sampai setahun tak minum air masak..alhamdulillah, x de pon sembelit..memandangkan die mmg byk minum susu ibu..berbotol2 sehari susu ibu..=) sepanjang 11 bulan, die x pnh demam, sihat dan cergas =) kene tanya pakar laktasi tentang ini.

    ReplyDelete