SELAMAT DATANG KE "FAIZAL KINI"

Thursday, July 29, 2010

Anda dan Diabetes melitus


Pada hari ini ku menulis lagi, tp bukan lg cerita kisah-kisah sosial. Kali ini rasa terpanggil untuk menulis tentang diabetes melitus@kencing manis. Melalui sepanjang pembelajaran ku, kencing manis ini ada 2 jenis, iaitu type 1 dan type 2. Diabetes type 1 adalah disebabkan kerosakkan pada organ manusia yang dikenali sebagai pancreas. Pancreas xmampu untuk berfungsi dengan baik dan xmampu mengeluarkan insulin. Insulin adalah agen untuk menurunkan gula dlm dari untuk diberikan kepada sel badan yang memerlukan gula. Insulin berperanan sebagai anak kunci untuk masuk kedalam sel. Tanpa anak kunci yang betul mana mungkin boleh masuk dalam rumah. Apabila insulin tidak dapt dihasilkan oleh pancreas akan membawa kepada peningkatan kadar gula dalam darah. So mereka akan dikenalpasti sebagai pengidap diabetes.
Manakala diabetes type 2 ialah pancreas dapat menghasilkan insulin tetapi insulin itu tidak berfungsi atau tidak mampu menampung kebanjiran gula dalam darah dan lama-kelamaan insulin itu lali dan tidak efisien lg. Seumpama anak kunci yang telah haus. Bagi pengidap diabetes type 2, gaya pemakanan mereka adalah faktor utama kepada penyakit type 2. Pengambilan gula yang banyak menyebabkan insulin akan lali dan xberkesan lagi untuk menukar kan gula kpd bentuk yang diperlukan sel kita…. Sekian dr faizalkini.

Wednesday, July 21, 2010

Serangan Kilat Jerman ke atas England


walaupun piala dunia sudah berlalu, pengalaman melihat pelawanan jerman menentang bala tentara Epl tidak dapat dilupakan. serangan balas jermaan sepantas kilat menlenyapkan haran fan england seluruh dunia. anak buah capello seumpama tergamam dan tak mampu berbuat apa-apa melihat corak game jerman yang dianggap luarbiasa dan berada pada suatu tahap yang amat tinggi ketika ini. sebagaimana di ketahui umum, corak permainan england yang pantas sebagaimana liga nya tidak mampu menyaingi serangan sepantas kilat jerman yang membedil kubu england sehingga ranap berkecai umpama debu2 gunung berapi berterbangan di Iceland....sekian dr faizalkini..

Tuesday, July 20, 2010

Cerita Ikan Paus Panjat Gunung


Pada suatu masa saintis menemui tulang ikan paus diats gunungdi kutub utara, mereka bingung knp tulang ikan paus boleh berada ats guniung itu.. mereka pk ada orang bw ikan paus ats gunung pada awlnta.. setelah pk lg..mcm tidak logik org angkat ikan paus ats gunung. Mereka juga berpendapat ikan paus itu panjat gunung tersebut. Ternya setelah bt kajian demi kajian mmg benar ikan paus panjat gunung itu. Paus mati krn tyidak dpt mnyesuaikan diri pada kedaan itu sdgkan ia adalah mamalia punyai paru2.
Moral: sebagai mana merc syraikat kereta yg hebat 20 tahun dulu dan kini hebat coz mereka bersifat dinamik dan tidak statik pada tapak yg sama. Mereka berubah mengikut masa… sekian dr faizal kini

Pelajar Ngn Lectuter Havard Uni


4 orang sewa keta pi jln2 d town d amerika pada hari sabtu dan ahd tp belum puas berjln sehingga arini isnin xbalik ke uni. Mereka srepatut nya attend test pada isnin. Mereka berpakat nk ckp kt lect bahawa xsempat balik coz tayar bocor dan diminta buat test pada hari lain. Hari selasa mereka pun jumpa lect dan cite sebgaimana d plan kan. Maka lect ckp ok dan dtg esok . esoknya mereka di letakan dlm 4 bilik asing yg mana ada satu soalan dlm test mereaka. Soalan nya ialah tayar mana yang pancit. Maka terbongkar tembelang 4 pelajr tersebut krn semua jwb berlaian jwpan…mereka xpk smpi begitu sekali lect blh tnya..sekian dr fzl kini

Monday, July 12, 2010

Pak Engku Dgn Guru Garang


Ada sorang guru di raub yg begitu garang pada zaman dahulu kala. Pak engku adalah salah seorang anak muridnya. Pada suatu masa die diberi 10 latihan mate. Pada ptg nya p.enku main bola setelah malm tiba hujan dan angin.pelita ayam digunakan sebagai lampu zaman dahulu lalu api nya xblh nyala dgn stabil kerana angin. Lalu esok nya pak engku berpk die akan di rotan 1latihan 1 rotan ber makna 10 rotan die akan kena d punggung nya. Nk ponteng xboleh coz guru itu akan pi umh sape xpi sekolah. Dirumahnya bnyk upih pinang lalu diletakan upih dlm seluar dlmnya. Zaman dulu ke sekolah seluar pendek.
Dalam kelas guru tnya abu berpa xsiap, abu: 4 cikgu , guru: pilih rotan dalam kotak ( bnyak rotan besar hingga kecil). Biasanya pelajar pilih yg sedang2 je coz yg besa sakit, yg kecil pedih. Maka dirotan 4 kali di punggung abu .tiba p.engku pulak..bpae xsiap p.eku.. jwbnya 10 cikgu.. pilih rotan. 3 kali cikgu pukul , cikgu bunyi lain pd punggung p.engku.buka seluar lalu tipu helah p.engku terbokar…upih pinang di tarik gurunya. P.engku kena 20 rotan. Gurunya hampur ketawa wktu melihat upih pada punggung p.engku.
Darjah 3 pakengku mana boleh pk sampai bunyi pukulan tersebut.. dr faizal kini

Lagu j.sham dan rumah bernombor 66




Rumah 66 tampin dalam lagu j.sham adalah bersebelahan dengan seorang guru pak engku. 6 bulan pak engku mencari gurunya tetapi berjumpa akhirnya. Gurunya menyuruh nya membeli rumah 66 tersebut krn nnti sepnjangmasa org akan menyanyikan umah itu. Umah itu dihuni bangali tika itu. Guru itu menceritakan knpa j.sham menjadikan lagu umah itu. Menurutnya umah itu dihuni oleh makwe j.sham yang bernama hasyimah suatu masa dahulu. Hubungan nya tersekat oelh family..so..umh itu di ilhamkan dlm lagu j.sham sempena umh buah atinya sehingga kini lagunya dimainkan mungkin hingga ntah bila kita tidak ketahui…nukilan faizal kini

Tuesday, June 29, 2010

Pemindahan darah membawa maut


Pemeriksaan darah bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan darah ABO serta mengkaji ciri-ciri sel darah. Kumpulan darah ABO berbeza antara individu akibat keturunan genetik. Individu yang mempunyai darah kumpulan A mempunyai protein aglutinogen di permukaan sel eritrositnya yang bertindak balas dengan serum anti-A dan menghasilkan gumpalan atau aglutinasi. Fenomena yang serupa berlaku pada kumpulan darah B, AB dan O apabila ditindakbalas dengan anti-A, anti-B dan anti-H masing-masing. Kumpulan darah harus dikenalpasti kerana ianya mustahak dalm proses pemindahan darah yang boleh mengakibatkan maut jika kumpulan darah yang berlainan tercampur.
Nisbah kumpulan darah ABO juga berbeza antara jantina dan bangsa.
Kekurangan darah atau anaemia berlaku apabila seseorang individu mempunyai tahap kepekatan hemoglobin yang rendah.

Monday, June 28, 2010

Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya

Oleh:Abu Bakar Bin Yang
Pegawai Penyelidik


Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang.
Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam bahasa malaysianya sebagai kaedah Bayi Tabung Uji.
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan.
Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia.
Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi;
yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.
Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri. Maka timbulah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesis-spesis binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudharatkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.

Thursday, June 24, 2010

Pengklonan kambing kacukan Jermasia



Kambing gabungan nama Jerman dan Malaysia. Baka kambing dari Jerman itu dipilih kerana daging dan susunya berkualiti manakala kambing tempatan mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan sesuai dengan persekitaran Projek itu yang menggunakan teknik suntikan sperma intrasitoplasma (ICSI) dan pemindahan nukleus (pengklonan). kambing induk yang dipilih ialah kambing Jermasia matang yang berumur satu setengah tahun.

Pengklonan dijalankan dengan menyuntik sel granulosa penderma yang diperoleh daripada COC Jermasia.Selepas aktivasi, embrio yang diklon dibasuh dan dikultur di dalam medium kultur selama 72 jam sebelum dipindahkan kepada ibu tumpang pada peringkat lapan hingga 16 sel. Proses penghamilan mengambil masa lebih kurang 5 bulan (142-150 hari). Selain itu kaedah transgenik telah digunakan dalan sektor perikanan.

Dimana gen-gen terbaik dalam ikan dipilih bagi menghasilkan ikan yang lebih besar dan terbaik. . Contoh haiwan lain ialah ikan tilapia transgenik mempunyai 3 kali berat ikan tilapia biasa.

Nilai global tanam-tanaman GM dianggarkan lebih dari 2.8 bilion pound sterling untuk 2005. Anggaran kawasan satu dunia tanam-tanaman ini untuk tahun 2004 adalah 200 juta ekar. Tetapi syarikat-syarikat biotek belum lagi membuat sebarang keuntungan seperti yang mereka jangkakan kerana negara-negara Eropah iaitu pasaran utama mereka masih meminggirkan barangan mereka. Negara-negara Eropah masih membantah akan idea makanan yang diubahsuai, dan para penganalisa memberi amaran akan kemungkinan perang perdagangan dengan AS tentang penglabelan makanan GM ini

Wednesday, June 23, 2010

Kejuteraan Genetik Dalam Farmaseutikal




Pakar Barat kini berusaha menghasilkan tanaman yang sudah menjalani pengubahsuaian genetik (GM) bagi menghasilkan pelbagai ubat dan dadah. Penyelidik dan syarikat bioteknologi mula melakukan kejuruteraan tanaman untuk menghasilkan pelbagai bahan farmaseutikal seperti vaksin yang boleh dimakan, terapi protein serta antibodi yang dihasilkan kilang. Untuk memahami kesan teknologi ini, bayangkan pokok pisang emas yang menghasilkan antibiotik atau ubat pening kepala daripada epal. Lebih ekstrim lagi, viagra daripada epal atau pil perancang yang tumbuh dalam ciku.

Ahli sains menggunakan bioteknologi untuk mengubah tumbuhan tertentu bagi menghasilkan protein seperti antibodi monoklonal, iaitu komponen protein dalam sistem kekebalan badan yang dihasilkan bagi menjayakan sasaran tertentu. Antibodi ini dibangunkan untuk rawatan barah, sakit jantung dan penyakit kronik. Malaysia pada hari ini telah menghasilkan biji benih kelapa sawit bagi meningkatkan produktiviti pekebun sawit terutama bagi penghasilan buah tandan segar (BTS) dan memudahkan urusan penuaian. Ia juga bertujuan memenuhi permintaan industri yang memerlukan bekalan bahan mentah minyak sawit bukan saja untuk kegunaan makanan tetapi juga untuk kegunaan pengeluaran produk oleokimia, farmaseutikal dan kegunaan industri lain. Selain itu, ia berupaya menghasilkan peratusan kandungan bahagian minyak cair yang tinggi untuk tujuan produk makanan, peratusan kandungan minyak isi ruang tinggi untuk tujuan produk oleokimia dan industri bukan makanan, kandungan karotin (Vitamin A dan E) yang tinggi bagi produk farmaseutikal.

Pada asasnya, usaha meningkatkan pengeluaran bahan perubatan menerusi GM membantu mengatasi sebahagian daripada masalah pengeluaran yang menghantui pengeluar ubat masa kini. Pengeluar ubat mendapati amat sukar membina keupayaan pengeluaran yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat.

Usaha untuk menghasilkan sistem membiakkan protein pada tumbuhan lebih murah berbanding membina dan menyediakan kilang biologi yang perlu dinyah kuman seperti yang digunakan kini. Oleh kerana kawasan ladang boleh ditambah dengan mudah dan cepat, konsep menanam tumbuhan GM untuk menghasilkan ubat menawarkan cara paling berkesan bagi memenuhi tuntutan pasaran. Pakar Barat menggunakan istilah perladangan tumbuhan GM untuk menghasilkan ubat sebagai `pharming’ (perladangan ubat iaitu gabungan perkataan `farming’ dan `pharmacy’ iaitu berladang dan ubat...bersambung di post yang lain akan datang

Tuesday, June 15, 2010

Air masak dan bayi


Pada masa dulu aku sentiasa melihat ibuku memberi air masak kepada adikku yang ketika itu masih bayi.Aku juga merasakan tindakan itu adalah betul kerana pemerhatian ku terhadap ibu-ibu lain juga sebegitu. Namun jangkaan ku itu silap setelah aku masuk ke universiti dan mengambil jurusan Sains Biokesihatan di Universiti Malaya. Dalam pengajianku baru ku sedar bahawa memberikan air masak kepada bayi sebenarnya suatu perbuatan yang tidak baik. Hal ini kerana bayi mempunyai perut yang kecil dan hendaklah diisi dengan susu ibu untuk pembesaran bayi yang baik. Jika ibu memberi air masak maka bayinya akan kenyang dan tidak mahu lagi minum susu.

Di tempat ku ada suatu kes yang mana seorang akak ni bertanyakan kepada ku , faizal kenapa anak akak tidak naik timbangannya. Dan aku tanya die, adakah die selalu bagi air masak kepada bayinya. Dia mengakui kerap memberikan air masak kepada bayinya. Bayi memerlukan nutrient yang optimum bagi tumbesaran yang sempurna dari aspek mental dan fizikal oleh itu jauh bayi anda daripada memberi air masak dan susui la mereka.

Monday, June 14, 2010

Pasar Besar Tanah Merah: Suatu Kisah Lelaki


Aku baru tiba di Stesen Kereta Api Tanah Merah dari Gua Musang. Melilau-lilau mencari surau untuk solat zohor. Terasa segar apabila air menyentuh kulit. Aku solat seorang diri. Kemudian, aku menyeberangi jalan raya untuk ke Pasar Besar Tanah Merah. Perut sudah minta diisi. Kali ini dengan makanan berat. Ah ha, sup kuetiau amat sesuai pada kali ini. Keadaan pasar agak lengang. Barangkali orang sudah mula masuk bekerja dan waktu makan tengah hari bagi yang bekerja di pejabat sudah tamat. Aku memilih sebuah gerai yang agak terbuka kedudukannya, supaya dapatlah kiranya aku menghirup udara yang lebih segar.

Makanan yang kupesan cepat disiapkan, aku kira. Wah, wap panas dari sup melenggang-lenggang, menambahkan lagi selera aku. Beg galasku aku letakkan di atas sebuah kerusi. Dan, selepas memerah potongan limau nipis, aku menyuap kuetiau tanpa segan silu. Buat apa nak malu, kakak yang masak sup untuk aku pun tahu aku baru tiba dari tempat jauh. Tentu lapar. Sambil makan, aku menikmati panorama bandar Tanah Merah dari atas pasar.

"Kau 'nak buat apa lepas 'ni?" Jelas sekali suara dari sebelahku. Oh, rupa-rupanya ada dua orang lelaki sedang berbual sambil minum teh 'O' ais. Seorang misainya agak lebat dan seorang lelaki rambutnya sedikit panjang dan hampir-hampir terlindung lubang telinganya kerana tidak dirapikan.

Lelaki yang berambut panjang tersenyum kepadaku apabila aku memerhatikan mereka, kemudian berpaling ke arah lelaki bermisai tebal dan berkata,"Saya mahu berniaga. Berniaga kecil. Modal pun kecil."

"Maksud kau...."

"Saya nak jadi peniaga di tepi jalan atau di pasar malam,"

"Bagus, aku setuju."

"Tapi bang, ada masalah sikit."

"Masalah apa?"

"Budak perempuan yang saya berhajat nak jadikan bini saya, tak suka kalau saya jadi peniaga jalanan."

"Kenapa pulak?"

"Yalah. Saya kan lulusan U? Baginya bukan standard saya berniaga di tepi jalan atau pasar malam."

"Eh, dia seorang sahaja ke atau mak bapak dia pun tak suka kau jadi peniaga jalanan?"

"Mak bapak dia pun tak suka."

"Orang tua kolot!" Lelaki bermisai tebal itu separuh menjerit. Saya menoleh ke arahnya sambil menggenyeh-genyehkan hidung. Hish, siapa pula bubuh belacan dalam sup aku ni, bisikku.

Aku selesai menghilangkan rasa laparku. Sebelum minum air, seperti biasa aku akan sedikit masa kerana aku mengikut pesan Datuk Ismail Kamus: ambil sedikit masa sebelum minum selepas makan. Baik untuk kesihatan. Aku membuka beg galasku dan sebuah buku kumpulan cerpen Anwar Ridhwan yang berjudul Dunia adalah Sebuah Apartmen kubelek. Aku memilih untuk membaca cerpen 'Dalam Kabus'. Kisahnya seputar lelaki yang bekerja di lombong bahan galian yang berharga. Asalnya dia merupakan seorang nelayan di pantai. Ketika dia menjadi nelayan, dia tertarik mahu ke lombong kerana pekerjaan di sana lebih menjanjikan. Ketika mendapat tahu akan hasratnya itu, teman-temannya mengusiknya dengan menceritakan tentang kisah seorang lelaki dan seorang puteri. Ah, cerpen Anwar Ridhwan ada cerita dalam cerita. Ringkasnya, tentang harapan untuk kehidupan yang lebih baik. Harapan menjadikan kita sanggup menunggu kerana di hujung penantian kita meyakini ada sesuatu yang amat nikmat akan kita peroleh.

"Adakah itu cita-citamu sejak kecil? Maksud aku, nak meniaga,"lelaki bermisai tebal bertanya kepada pemuda yang berambut panjang yang tidak bersikat, sambil menyuap sepotong pisang goreng. Aku tenggelam dalam cerpen yang kubaca sehingga tidak sedar bahawa mereka memesan sepiring pisang goreng yang dicurahkan sos di atasnya.

"Ya."

"Habis tu. Apa masalahnya? Teruskanlah dengan cita-citamu itu."

"Gadis yang saya nak buat bini tu, macam mana?"

"Macam mana mancam mananya? Tak usah pedulikan larangannya. Hei, kalau ada 10 budak muda macam kau yang tunduk tak tahu hujung pangkal hanya kerana perempuan yang dicintai, bagaimana ekonomi kita nak maju? Kau mesti yakinkan dia bahawa apa yang kaubuat adalah benda yang baik."

"Susah tu," lelaki berambut panjang bernada pesimis.

"Cuba dulu, sungguh-sungguh. Insya Allah, dia akan faham. Memang lelaki sukar untuk membuat keputusan apabila telah dimagnet dengan tarikan perempuan, tapi kita perlu cuba untuk berwaras dalam semua keadaan," perlahan-lahan lelaki yang bermisai tebal menuturkan. Seorang peniaga menyapanya dengan memanggilnya sebagai Deris.

"Min, kita hidup ni bukan untuk perempuan yang kita cinta sahaja. Kita ada masyarakat yang menagih sejuta tenaga kita. Kita ada bangsa yang harus diletakkan pada tempatnya. Paling penting, kita ada agama untuk ditegakkan."

"Kalaulah keputusanmu memang tetap mahu berniaga, dan perempuan itu memutuskan untuk tidak menjadi isterimu, anggaplah semua itu dugaan. Tidak ada satu pun perjuangan tanpa pengorbanan."

Aku membayar makananku, lagipun penjual sup sudah mula mengemas-ngemas premisnya. Aku turun dari Pasar Besar Tanah Merah, mencari-cari teksi sapu. Aku mudah sahaja dapat menaiki sebuah kereta Datsun berwarna merah (tali pinggang keledarnya sudah rosak).

"Saya mau ke Bukit Merah," beritahuku pada pemandu. Aku tersenyum, kemudian menambah,"mahu melawat bapa saudara." Dia membelokkan kenderaannya ke suatu jalan untuk keluar dari bandar Tanah Merah. Bunyi enjinnya sedikit mengerikan, tapi aku senang dengan bunyi sebegitu - mengingatkan betapa aku juga akan menjadi tua.

Ketika aku meninggalkan bandar itu, matahari mula mengurangkan terik cahayanya sambil bertenggek di hujung pohon-pohon di bahagian barat kawasan bandar yang membangun itu. Dan, aku terdengar sayup-sayup suara azan dari sebuah masjid - lembut dan damai.-zamzurimustafa-

"Kau tetap seperti usia 25 tahun walaupun usiamu 60 tahun."

Tiket bas ke Kuala Lumpur sudah habis. Tapi, saya harus segera ke Kuala Lumpur kerana esok ada urusan penting. Saya terpaksa menaiki teksi ke Kuala Lipis terlebih dahulu jika mahu segera ke sana. Sebelum bertolak, saya meminta seorang teman menjemput saya di Stesen Bas Jalan Pekeliling.

Sesudah melalui kawasan berbukit-bukau yang ditumbuhi hutan, kelapa sawit, getah dan belukar serta dihiasi dengan sungai-sungai jernih, akhirnya saya tiba di Stesen Bas Kuala Lipis. Stesen bas ini baru dibina, dan letaknya di Bandar Baru Kuala Lipis. Di sekitarnya terbina deretan rumah kedai. Sebenarnya, saya mampir di Kuala Lipis sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Jam sudah masuk pukul 4:30 petang setibanya saya mencecahkan kaki di bumi Kuala Lipis. Saya meluru ke sebuah kaunter tiket bertanyakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, pukul 5:30 petang ada bas ke Kuala Lumpur melalui jalan lama Kuala Lipis - Raub. Wah, ini suatu pengalaman baru.

Sementara menunggu ketibaan bas, saya meninjau-ninjau sekitar stesen bas. Akhbar dan majalah yang dipamerkan tidak menarik minat saya untuk membelinya. Bersebelahan stesen bas, ada sebuah medan selera. Seperti suasana di stesen bas, keadaan di situ juga lengang. Beberapa lelaki sesekali ketawa ketika berbual-bual. Daripada loghat mereka, mereka orang Pahang.

Saya melihat dua orang India -seorang lelaki dan seorang perempuan - sedang bersembang. Tidak jauh dari saya, seorang perempuan tua seperti menunggu seseorang. Di hadapannya, kelihatan seorang lelaki dan seorang gadis sedang berbual-bual.

"Saya akan bertunang, kemudian kahwin. Dalam tahun ini juga," jelas sekali suara gadis berbaju kurung itu. Lelaki yang duduk selang dua buah kerusi darinya sedikit terkejut.

"Wah, budak perempuan yang aku selalu usik waktu mengaji di rumah Imam Mat sekarang 'dah 'nak kahwin. Bagus." Lelaki itu tubuhnya kurus, tampak gembira dengan pengumuman gadis bertudung coklat itu. Barangkali mereka dari kampung yang sama.

"Abang pula, bila 'nak kahwin? Umur 'dah 'nak masuk 30 puluh," entah mengapa, aku turut merasakan soalan itu juga ditujukan untukku.

"Errr. Eerr," lelaki itu menggaru-garu cuping telinganya. "Tak semua lelaki kacak macam aku kahwin pada usia yang muda. Ada beberapa perkara lagi yang perlu aku buat sebelum berkahwin. Rasanya tak perlu aku beritahu."

"Berilah nasihat atau apa-apa yang boleh saya pakai sebagai persiapan sebelum berumah tangga." Dengan wajah yang berseri-seri, gadis itu mengharapkan sesuatu nasihat dari lelaki itu.

"Hei, aku tak kahwin lagilah. Kau mintalah nasihat dari Datuk Fadzilah Kamsah."

Perempuan itu mencebik bibirnya, lelaki itu terkekeh-kekeh.

"Amboi, bakal pengantin ni! Tak sabar-sabar nampaknya." Dari raut wajahnya, lelaki itu juga tumpang gembira. Lelaki itu diam seketika, kemudian menggaru-garu cuping telinganya.

"Kalau kaumau suamimu seorang yang setia, er maksud aku ialah suamimu tak akan pandang perempuan lain selainmu, atau senang cakap suamimu tak akan tergoda dengan perempuan lain. Kunci utamanya terletak pada dirimu."

"Eh, kenapa pula!" perempuan itu kehairanan.

"Kau yang membuat pilihan dengan siapa kauberkahwin."

"Maksud abang?"

"Begini," lelaki itu membetulkan duduknya." Seorang suami yang hanya memandang isterinya, tidak akan sedar akan perubahan fizikal isterinya. Hal ini kerana setiap hari melihat wajah isterinya, dia tidak sedar akan perubahan yang berlaku pada diri isterinya kerana perubahan itu berlaku secara beransur-ansur."

Perempuan itu cuba memahami butir percakapan lelaki berambut lurus itu. Rambut lelaki itu terenjut-enjut diusap angin lembap."Katakanlah kauberpisah dengan temanmu. Sekian lama tak bertemu, akhirnya kalian bertemu dalam sebuah majlis. Maka, akan ada komen-komen seperti kau semakin tembamlah, kau semakin kuruslah dan macam-macam lagi. Komen-komen sebegitu lahir kerana adanya perbandingan antara kau pada masa lalu dan kau pada masa sekarang. Dalam memori mereka, kau begitu. Apabila bertemu, kau begini kerana dalam memori mereka, kau masih begitu."

"Kautau, perempuan yang berkahwin dan melahirkan anak - tak kiralah berapa ramai - akan hilang seri remaja dari wajahnya. Seri wajah remajamu akan hilang dirampas oleh anak-anak dan kepayahan hidupmu. Bukannya mudah membesarkan anak-anak."

"Tapi, yang menariknya jika suamimu menjaga matanya dari melihat perempuan-perempuan lain, kau akan tetap seperti pada hari perkahwinanmu kerana suamimu tidak sempat membandingkanmu dengan perempuan yang jauh lebih muda daripadamu. Di matanya, kau seperti pada hari pernikahanmu walaupun kau berusia 60 tahun. Umur kau sekarang 25 kan?"

Gadis itu senyap.

"Kaumuda atau tua bukanlah kerana usiamu sudah meningkat. Bukan. Tapi kerana adanya perbandingan antara kau dan perempuan lain. Begitu juga kecantikan."

Lelaki itu diam sebelum menggenyeh-genyehkan matanya. Mulutnya ditahan dikatup dengan tapak tangannya apabila dia menguap.

Sepi memanggung suasana petang yang teduh.

Saya cuba mengingati percakapan mereka. Barangkali saya boleh catatkan perbualan mereka. Gadis yang akan bertunang tadi sudah berlalu. Mungkin dia ke surau untuk solat asar. Dari jauh saya dapat lihat sebuah bas perlahan-lahan memasuki kawasan stesen bas. Dan, angin sore berhembus lembut - menyegarkan saya dengan udara lembapnya.-zamzurimustafa-

Sebuah Stesen Kereta Api


Dia memandang-mandang ke hujung landasan. Tidak ada tanda-tanda kereta api akan mampir. Yang ditemuinya hanyalah kelam malam, selebihnya ialah sunyi, walaupun dia sedar ada penumpang kereta api sedang bercakap di beberapa pojok stesen. Mengapakah aku berasa sepi? Adakah kerana suasana stesen kereta api ini atau hatiku? bisiknya. Tapi dia tak pasti bisikan itu untuk siapa.Dia tunduk melihat garisan kuning sepanjang platform. Stesen kereta api ini sebetulnya memberi bakti yang tidak sedikit kepadanya dan seluruh warga daerah pedalamannya. Di stesen kereta api inilah, dia mengucup tangan ibunya sebelum berangkat ke kota untuk menyambung pengajian. Dia ke sana tanpa ditemani sesiapa. Yang ada hanyalah doa kedua orang tuanya supaya dia selamat menyelesaikan pengajian dan menjadi seseorang yang boleh berjasa. Tiga tahun dia di sana.Hari ini dia kembali. Merenung dirinya sekitar sepuluh tahun lepas. Dia seperti melihat pemuda yang sedikit kurus yang berdiri di hujung platform - membiar-biarkan dingin malam merangkul tubuhnya dan angin mengibar-ngibarkan hujung rambut dan baju lusuhnya. Dialah pemuda itu. Ketika itu dia baru sahaja menyudahkan peperiksaan SPM. Jadi, untuk mengisi malam yang panjang di daerah pedalaman, begitulah rutinnya. Berjalan-jalan di sekitar kedai-kedai, kemudian ke stesen kereta api, dan akhirnya singgah di kedai kopi untuk mencicip pahit kopi sebelum menyerahkan diri pada rasa kantuk.Dia masih ingat, dan sangat mengingati sifatnya. Di bangku sekolah, dia hanya memikirkan apa yang harus dilakukan pada hari ini dan esok. Paling jauh pun dia akan berkira-kira apakah yang akan dilakukan pada hari lusa. Apabila dia melanjutkan pelajaran di universiti, dia semakin mengerti betapa dia pada suatu waktu dahulu tak ubah seperti seorang eksistensialis. Hidup untuk hari ini dan saat ini, hari esok cerita lain. Yang penting hari ini dan sekarang, begitu dia pernah berfikir.Tapi entah mengapa pada suatu hari, pandangannya tersihir pada seorang gadis. Disebabkan pada pandangan pada gadis itulah, dirinya telah mengalami perubahan dan dia semakin mengerti bahawa hidup adalah tanggungjawab. Dia mula sedar bahawa hidup bukan untuk hari ini, esok atau lusa, tapi lebih daripada itu. -zamzurimustafa-