SELAMAT DATANG KE "FAIZAL KINI"

Wednesday, June 23, 2010

Kejuteraan Genetik Dalam Farmaseutikal




Pakar Barat kini berusaha menghasilkan tanaman yang sudah menjalani pengubahsuaian genetik (GM) bagi menghasilkan pelbagai ubat dan dadah. Penyelidik dan syarikat bioteknologi mula melakukan kejuruteraan tanaman untuk menghasilkan pelbagai bahan farmaseutikal seperti vaksin yang boleh dimakan, terapi protein serta antibodi yang dihasilkan kilang. Untuk memahami kesan teknologi ini, bayangkan pokok pisang emas yang menghasilkan antibiotik atau ubat pening kepala daripada epal. Lebih ekstrim lagi, viagra daripada epal atau pil perancang yang tumbuh dalam ciku.

Ahli sains menggunakan bioteknologi untuk mengubah tumbuhan tertentu bagi menghasilkan protein seperti antibodi monoklonal, iaitu komponen protein dalam sistem kekebalan badan yang dihasilkan bagi menjayakan sasaran tertentu. Antibodi ini dibangunkan untuk rawatan barah, sakit jantung dan penyakit kronik. Malaysia pada hari ini telah menghasilkan biji benih kelapa sawit bagi meningkatkan produktiviti pekebun sawit terutama bagi penghasilan buah tandan segar (BTS) dan memudahkan urusan penuaian. Ia juga bertujuan memenuhi permintaan industri yang memerlukan bekalan bahan mentah minyak sawit bukan saja untuk kegunaan makanan tetapi juga untuk kegunaan pengeluaran produk oleokimia, farmaseutikal dan kegunaan industri lain. Selain itu, ia berupaya menghasilkan peratusan kandungan bahagian minyak cair yang tinggi untuk tujuan produk makanan, peratusan kandungan minyak isi ruang tinggi untuk tujuan produk oleokimia dan industri bukan makanan, kandungan karotin (Vitamin A dan E) yang tinggi bagi produk farmaseutikal.

Pada asasnya, usaha meningkatkan pengeluaran bahan perubatan menerusi GM membantu mengatasi sebahagian daripada masalah pengeluaran yang menghantui pengeluar ubat masa kini. Pengeluar ubat mendapati amat sukar membina keupayaan pengeluaran yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat.

Usaha untuk menghasilkan sistem membiakkan protein pada tumbuhan lebih murah berbanding membina dan menyediakan kilang biologi yang perlu dinyah kuman seperti yang digunakan kini. Oleh kerana kawasan ladang boleh ditambah dengan mudah dan cepat, konsep menanam tumbuhan GM untuk menghasilkan ubat menawarkan cara paling berkesan bagi memenuhi tuntutan pasaran. Pakar Barat menggunakan istilah perladangan tumbuhan GM untuk menghasilkan ubat sebagai `pharming’ (perladangan ubat iaitu gabungan perkataan `farming’ dan `pharmacy’ iaitu berladang dan ubat...bersambung di post yang lain akan datang

No comments:

Post a Comment