SELAMAT DATANG KE "FAIZAL KINI"

Friday, October 14, 2011

Sakit Lutut






Generally, the pain associated with arthritis develops gradually, although sudden onset is also possible.

The joint may become stiff and swollen, making it difficult to bend or straighten the knee.

Pain and swelling are worse in the morning or after a period of inactivity. Pain may also increase after activities such as walking, stair climbing, or kneeling.

The pain may often cause a feeling of weakness in the knee, resulting in a "locking" or "buckling."

Many people report that changes in the weather also affect the degree of pain from arthritis.

Nonsurgical Treatment

The purpose of treatment is to reduce pain, increase function and generally reduce your symptoms. Patient satisfaction is a fundamental goal in treating osteoarthritis of the knee

In its early stages, arthritis of the knee is treated with nonsurgical measures. Nonsurgical treatments fall into four major groups: lifestyle modifications; exercise; supportive devices; other methods.

Lifestyle Modification
Lifestyle modifications can include losing weight, switching from running or jumping exercises to swimming or cycling, and minimizing activities that aggravate the condition, such as climbing stairs. Many, but not all, people with osteoarthritis of the knee are overweight. Simple weight loss can reduce stress on weight bearing joints, such as the knee. Losing weight can result in reduced pain and increased function, particularly in walking.

Exercise
Exercises can help increase range of motion and flexibility as well as help strengthen the muscles in the leg. Physical therapy and exercise are often effective in reducing pain and improving function. Your physician or a physical therapist can help develop an individualized exercise program that meets your needs and lifestyle

Supportive Devices
Using supportive devices, such as a cane, wearing energy-absorbing shoes or inserts, or wearing a brace or knee sleeve can be helpful. Some research studies have focused on the use of knee braces for treatment of osteoarthritis of the knee. They may be especially helpful if the arthritis is centered on one side of the knee. A brace can assist with stability and function. There are two types of braces that are often used. An "unloader" brace shifts load away from the affected portion of the knee. A "support" brace helps support the entire knee load. In most studies, the knee symptoms improved, with a decrease in pain on weightbearing and a general ability to walk longer distances.

Drug Treatment
Glucosamine and Chondroitin
Glucosamine and/or chondroitin sulfate may be particularly helpful in the early stages of osteoarthritis of the knee, provided they are used as directed on package inserts and with caution. Although glucosamine and chondroitin sulfate are natural substances, sometimes classified as food additives, they can cause side effects such as headaches, stomach upset, nausea, vomiting, and skin reactions. These supplements can interact with other medications, so keep your doctor informed about your use of them.

Thursday, October 6, 2011

Doa saya amalkan sejak zaman sekolah hingga uni

Selepas Belajar...

Allahumma Inni Astaudi'Uka Maa'Allam Tani, Faar DudHu Ilaiya, In'dahaajati Ilaihi Walaa Tansanihi, Yaa rabbal 'Aa lamin

Ya Allah..sesungguhnya Hamba mempertaruhkan pada engkau, apa yang engkau ajarkan kepada ku ini, Oleh itu engkau kembalikan padaku peringatan diwaktu hamba memerlukannya..dan janganlah engkau menjadikan ku terlupa padanya, Wahai Tuhan semesta alam...

After learning/studying..proceed with mind-maps, short notes, answering questions, remembering what you had studied with saying/revising it often..



Doa selepas mengulangkajiاَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”





Doa selepas mengulangkaji


اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ.



Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di atas segala sesuatu.”




( Ya Allah, aku pertaruhkan kepadaMu apa yang Engkau ajarkan kepadaku, maka kembalilkanlah ia kepadaku ketika aku memerlukannya / berhajat kepadanya dan janganlah Engkau buat aku melupainya.. Wahai Tuhan sekalian alam.. )

Saturday, September 24, 2011

TAJDID,SALAFIAH WAHABIAH DI MALAYSIA: SUATU PERBINCANGAN

Antara perubahan yg cuba dibawa oleh golongan tajdid ialah,

1) fahami Islam melalui sumber utamanya iaitu AlQuran dan Sunnah, pada masa yg sama pendapat diraikan selagi tidak bercanggah.

2) kembali kepada kefahaman akidah dgn hujah yg jelas dan konkrit, bukan paksa2, bukan taklid buta.

3) promote Islam sbg agama yg universal - yg tidak berlegar2 dlm satu kaum cthnya melayu, atau satu kelompok sahaja,cthnya geng lebai - sehingga mesej dan keindahan Islam yg adil smpi kepada kaum2 lain yg belum Islam.

Jawapn saya cukup ringkas... Kalau ini ciri-ciri tajdid, tidak ada masalah.

Tapi untuk perubahan "tajdid" pertama: "fahami Islam melalui sumber utamanya iaitulah Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Persoalan saya... Siapakah yang boleh terus merujuk Al-Qur'an dan As-Sunnah untuk memahami Islam? Bahkan, para sahabat r.a. memahami Islam merujuk kepada seorang individu bernama Rasulullah s.a.w.. Malah, para tabi'in juga memahami Islam melalui "individu" bernama para ulama' dari kalangan para sahabat r.a.. Para ulama'lah yang memegang kunci "untuk berinteraksi dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah secara sahih".

Bukan semua orang yang mengaku rujuk Al-Qur'an dan As-SUnnah faham kedua-duanya dengan kefahaman yang betul. Sebab itulah kena rujuk para ulama' yang merupakan ahlu zikr. Hanya para ulama' yang menguasai disiplin ilmu untuk berinteraksi dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Boleh jadi seseorang baca Ayat Al-Qur'an yang mansukh lalu mengamalkannya padahal ianya sudah dimansuhkan walaupun dikekalkan lafaznya. Boleh jadi seseorang mengamalkan dalil umum daripada sesuatu hadith padahal ianya bersifat khusus. Barangkali ada orang salah faham dalam berinteraksi dengan nas-nas mutasyabihat akhirnya terpengaruh dengan fahaman sesat seperti Mujassimah. JAdi, perkataan "fahami Islam melalui sumber utamanya" adalah ungkapan orang-orang yang tidak faham kerangka dan tradisi ilmu Islam dan kedudukan para ulama' sebagai penjelas kepada kefahaman sebenar kedua-duanya.

Kalau baru setakat mahir baca Al-Qur'an dan merujuk terjemahan, baca hadith pun rujuk terjemahan, kemudian sahih Al-Bukhari pun tak pernah khatam, macam mana mengaku "Faham Islam" melalui Al-Qur'an dan As-SUnnah. Kalau semua orang diwajibkan faham Islam merujuk terus kepada Al-Qur'an dan As-SUnnah, maka semua orang perlu menguasai pelbagai ilmu untuk berinteraksi dengan kedua-duanya secara sahih.

Adakah semua orang perlu belajar ilmu bahasa Arab, perlu mendalami ilmu sastera Arab, perlu mendalami ilmu asbab nuzul, perlu mendalami ilmu asbab wurud, perlu menguasai ilmu rijal, perlu menguasai ilmu usul fiqh dan sebagainya untuk "memahami Islam melalui sumber utamanya iaitu Al-Qur'an dan Sunnah"?

Percayalah bahawasanya, hatta zaman para sahabat r.a. pun, bukan semua para sahabat r.a. sampai tahap mujtahid yang berinteraksi terus kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah, tetapi ada juga golongan awam yang merujuk kepada para ulama' untuk memahami Islam daripada mereka kerana para ulama' adalah pemberi kefahaman Islam kepada orang awam yang diambil daripada Al-Qur'an dan As-Sunnah.

Maka, sebelum buat kenyataan, belajarlah dahulu tradisi ilmu Islam. Dalam I'lam Al-Muwaqqi'in oleh Sheikh Ibn Qayiim Al-Jauziyyah pun ada bahas perkara ini. Maka, rujuklah dulu ya.

Perkataan saudara "conskaltsas" lagi:

"pendapat diraikan selagi tidak bercanggah..."

Persoalan...Bercanggah dengan apa?

Adakah bercanggah dengan AL-Qur'an dan As-Sunnah?

Bercangah dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah menurut siapa?

Begaimana dikatakan "bercanggah dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah?

Contohnya, kalau amalan baca yasiin secara khusus malam jumaat secara jama'ie dikatakan bid'ah dan "bercanggah" dengan AL-Qur'an dan As-Sunnah, maka jawapan kami:

"Samada yang menuduh amalan tersebut bercanggah dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah tidak memahami apa makna "bercanggah dengan Al-Qur'an dan Sunnah" atau tidak faham makna "Al-Qur'an dan As-Sunnah" secara ilmu usul fiqh itu sendiri. Jadi, masalahnya adalah, setengah pengaku tajdid sibuk "membid'ahkan" perkara yang tidak "bercanggah dengan Al-Qur'an dan AS-Sunnah dengan ukuran ilmu usul fiqh (dalam mazhab tertentu) hanya kerana mempunyai persepsi yang sempit dan jumud terhadap isitilah bid'ah, atau tidak memahami apa yang dikatakan sebagai bercanggah dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah itu sendiri.

Inilah sikap yang ditolak, kerana kejumudan dan ta'sub mereka kepada kefahaman sendiri.

Saudara "cinskaltsas kata lagi:

"Kembali kepada kefahaman aqidah dgn hujah yang jelas dan konkrit..."

Apa yang didapati, sebahagian orang yang mengaku "Tajdid" tidak pernah berpegang dengan aqidah yang mempunyai hujah yang jelas (muhkamat) atau konkrit (qat'ie at-thubut). Sebahagian mereka menetapkan lafaz-lafaz mutasyabihat dengan makna zahir yang berdasarkan hujah yang tidak jelas (mutasyabihat) bahkan sebahagiannya tidak konkrit pun (berdasarkan hadith dho'if dalam masalah aqidah).

Adapun perkataan "conskaltsas":

"Promote Islam sbg agama yg universal..."

Ini suatu keganjilan sebab yang berlaku dalam masyarakat di Malaysia, sebahagian pengaku tajdid telah membid'ahkan banyak amalan yang diamalkan oleh ramai masyarakat Islam dengan hukuman bid'ah dholalah termasuklah amalan seperti menyambut maulid Nabi, membaca yasiin malam jumaat dan sebagainya. Ianya justeru menjadikan "Islam" hanya bagi golongan yang menuduh orang lain buat bid'ah itu sendiri, padahal masih syok sendiri dengan merasakan sedang promote Islam yg universal.

Dengan orang kafir, bincang bab keterbukaan. Dengan sesama Islam, bersikap jumud, tasyaddud, bid'ahkan perkara-perkara khilafiyyah dan sebagainya. Inikah tajdid? Dengan orang liberal, bincang keterbukaan Islam Dengan orang yang sudah mengamalkan cara hidup Islam, bersikap tasyaddud dan membi'dahkan, menuduh syirik dan sebagainya. Ukuran yang tidak jelas sama sekali.

Perkataan conskaltsas:

Ya, mmg golongan tajdid ni berada dlm dunia yg berbeza. Kalau diibaratkan umat Islam sekarang ni yg ramai seperti buih di lautan, maka mereka adalah golongan yg melawan arus. Akan smpi satu masa nanti bila Islam kembali di atas mentadbir dunia, generasi pada masa itu akan mempersoalkan generasi lalu (iaitu sekarang), sebagaimana kita mungkin pernah mempersoalkan pada zaman Rasulullah, "kenapalah org2 Mekah susah sangat nak terima kebenaran.."

Jawapan:

Siapakag generasi sekarang yang dimaksudkan? Adakah orang-orang kafir? Atau golongan muslimin yang mempertahankan amalan-amalan ulama' nusantara terdahulu yang mempunyai dalil mereka sendiri?

Kalau yang dimaksudkan adalah orang-orang muslimin yang mempertahankan amalan ulama' Nusantara terdahulu, maka contoh itu tidak tepat.

Orang-orang Makkah adalah musyrikin Makkah sedangkan generasi sekarang adalah orang-orang Islam. INi salah satu masalah "pengaku tajdid", iaitu mudah menyamakan orang-orang Islam yang tidak sehaluan dengan mereka dengan orang-orang kafir. Boleh baca dalam kitab-kitab golongan ini. Siapa yang pandai baca kitab-kitab arab, boleh bacalah. Ia akan dapati sikap menyamakan orang-orang Islam yang tidak mengikut fahaman "pengaku salafi" ini sebagai sama dengan orang-orang musyrikin Makkah.

Bayangkanlah, sambutan Maulid Nabi yang dilakukan oleh umat Islam disamakan dengan sambutan Krismas di sisi orang-orang Kristian padahal orang2 Kristian bertuhankan Nabi Isa sedangkan tiada orang Islam yang bertuhankan Rasulullah s.a.w..

Bayangkanlah, sebahagian golongan ini menyamakan orang-orang Islam yang bertawassul kepada Allah dengan kedudukan para salihin dan para Nabi yang telah wafat sama seperti orang-orang musyrikin, padahal mereka yang bertawassul itu mempunyai dalil yang kuat dalam Islam.

Saya pun tak tahulah, tajdid jenis apa yang dimaksudkan. Kalau tengok Imam As-SYafi'e r.a., tak ada pun sampai tahap itu. Imam Ibn Daqiq Al-'Id pun tidak begitu. Imam HAsan Al-Banna pun tidak begitu.

Perkataan conskaltsas lagi:

"Akhir kata, kembalilah kepada kefahaman AlQuran dan Sunnah sepertimana ketika ia mula2 diturunkan dan disampaikan oleh Rasulullah SAW."

Jawapan saya....Nak faham "sepertimana ketika ia mula diturunkan dan disampaikan..." kenalah faham tradisi ilmu. Ini tidak, cakap apa yang tidak difahami. Kalau yang benar hanya ada pada slogan, maka Khawarij benar dalam slogan mereka. Tapi, apa ada pada slogan kalau perlaksanaan tersasar dari yang diperkatakan.

Al-Qur'an dan As-Sunnah diturunkan kepada Rasulullah s.a.w.. Lalu Rasulullah s.a.w. menyampaikan kepada para sahabat r.a.. Para sahabat r.a. menguasai kedua-duanya secara berbeza-beza. Ada yang menghafal banyak tetapi kurang kefahaman. Ada yang hafal sedikit tapi kefahamannya tinggi. Ada yang menghafal Al-Qur'an dan As-Sunnah banyak dan kefahamannya juga tinggi. Ada yang awam yang kurang menghafal dan kurang memahami ajaran kedua-duanya.

Maka, golongan awam dari kalangan para sahabat r.a. merujuk kepada para ulama' dari kalangan para sahabat r.a. setelah kewafatan Rasulullah s.a.w.. Begitu juga generasi seterusnya. Maksudnya, kefahaman Al-qur'an dan As-Sunnah sepertimana ketika ia mula2 diturunkan adalah dengan mengambil kefahaman tersebut daripada para ulama'. Begitu juga mengambil disiplin ilmu untuk berinteraksi dengan AL-Qur'an dan As-Sunnah daripada para ulama'.

Ini, baru hafal hadith "Kullu bid'atin dholalah", habis menghukum seribu masalah dan amalan sebagai bid'ah berdasarkan hadith tersebut. Kitab Sahih Al-BUkhari pun tak pernah khatam, tapi sudah boleh menghukum sesuatu itu bid'ah. Ini jelas bukan "cara kefahaman Al-Qur'an dan As-Sunnah sepertimana ketika ia mula2 diturunkan dan disampaikan oleh Rasulullah s.a.w.."

Benarlah sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Akan datang satu zaman, golongan yang membaca Al-Qur'an tapi tidak melepasi urat leher mereka..."

Maknanya, mereka merujuk Al-Qur'an dan As-SUnnah, tapi tanpa kefahaman yang sahih. Akhirnya, menyalahkan ijtihad2 ulama' lain. Lepas tu, rasa diri sudah beramal dengan sunnah sedangkan orang lain beramal dengan bid'ah. Akhirnya, ukuran Sunnah dan Bid'ah merujuk kepada "kefahaman" individu tertentu sehingga dengan kefahamannya secara peribadi boleh membid'ahkan ijtihad para ulama' lain. Kalau ini namanya tajdid, maka sebelum ini tiada tajdid pernah dilakukan dalam sejarah Islam, kerana tiada tajdid pernah berlaku dengan makna dan contoh seperti ini, melainkan pada akhir zaman ini.

Wallahu a'lam...

Isu Wahhabi di Malaysia: Satu Pengenalan

Isu Wahhabi di Malaysia: satu pengenalan

Sejak kebelakangan ini, isu Salafi Wahhabi menjadi buah mulut masyarakat di Malaysia, khususnya di kalangan ahli ilmu. Dikatakan bahawa, kefahaman Salafi Wahhabi telah tersebar meluas dalam masyarakat IPTA khususnya di Malaysia. Jadi, apakah gerakan ini dan apakah matlamat mereka dalam menyebarkan ajaran mereka di dalam masyarakat.



Kalau di Mesir khususnya, isu Salafi Wahhabi sememangnya tidak pernah padam dibincangkan. Ini kerana, golongan Salafi Wahhabi di sini sememangnya berkembang secara meluas. Jadi, kebanyakkan ulama’-ulama’ muktabar di Al-Azhar berusaha untuk melawan arus deras Wahhabisme di Mesir. Ulama’-ulama’ seperti Dr. Ali Jum’ah (mufti Al-Azhar), Dr. Omar abu Hasyim (bekas rektor Al-Azhar) dan kebanyakkan ulama’-ulama’ hadis, falsafah dan syariah di Al-Azhar menentang fahaman Wahhabi dalam penulisan mahupun dalam pidato mereka.



Mengapa perlu melawan arus Wahhabisme? Siapakah Wahhabisme? Apakah matlamat mereka?



Secara ringkasnya, kumpulan Salafi Wahhabi diasaskan oleh Muhammad Abdul Wahab. Beliau menganggap umat Islam setelah zaman salaf (zaman Rasulullah s.a.w. sehingga 300 Hijrah) telah mengalami kepincangan khususnya dari sudut aqidah dan terlibat dengan amalan bid’ah.



Beliau beranggapan begitu apabila beliau melihat fenomena umat Islam pada ketika itu yang terlalu mengagungkan para wali, sering menziarahi kubur mereka, dan pelbagai lagi perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., yang dilakukan oleh umat Islam setelah zaman salaf.



Golongan utama yang menjadi sasaran Muhammad ibn Abdul Wahab dan para pengikutnya ialah golongan sufi yang giat mengembangkan ilmu akhlak dan adab dalam bermu’amalah kepada Allah dan makhluk. Mereka menuduh golongan sufi menyembah kubur para wali dan meminta pertolongan dari para wali, dan seterusnya membuktikan golongan sufi ialah golongan yang syirik.



Dari sudut aqidah pula, golongan Wahhabi terpengaruh dengan fahaman Shiekh Ibn Taimiyah dan mereka menyerang mazhab-mazhab asas ahlul sunnah wal jamaah sejak berzaman, iaitu mazhab Imam Al-Asy’ari (mazhab aqidah di Malaysia) dan mazhab Imam Al-Maturidiyah.



Bukan itu sahaja, malah mereka turut menyerang mazhab-mazhab fiqh termasuklah mazhab As-Syafi’e dan mereka menganggap hanya merekalah yang benar dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, sedangkan perbezaan pendapat yang bercanggah dengan mazhab mereka dianggap sesat dan salah, bahkan sampai ke tahap membid’ahkan pendapat mazhab yang kontra dengan mereka.



Pelopor-pelopor mereka pada zaman ini termasuklah Sheikh al-Albani, Sheikh Ibn Baz, Sheikh Al-Uthaimin, dan Sheikh Abu Bakar al-Jaza’iri. Benteng terbesar golongan tersebut ialah di Arab Saudi, dan mereka bernaung di bawah naungan kerabat kerajaan Bani Sa’ud, kerana unsur-unsur sejarah di mana golongan Wahhabilah yang membantu Bani Sa’ud mendapatkan tahkta kerajaan di Tanah Hijjaz (Arab Saudi kini).



Kini, golongan tersebut terus menebarkan sayapnya ke serata alam dengan pelbagai cara termasuklah dengan menggunakan wang, mengedarkan buku-buku percuma tentang fahaman mereka kepada jemaah haji dan umrah dari seluruh dunia, menanam fahaman Wahhabi kepada para pelajar yang menuntut di Mekkah dan Madinah, khususnya para pelajar yang datang dari negara-negara islam yang lain.



Persoalannya, apakah matlamat sebenar golongan Wahhabi dan benarkah apa yang mereka perjuangkan?



Para ulama’ muktabar telah menyingkap persoalan tersebut secara mendalam, dan kesimpulan yang dapat mereka buat ialah, golongan Wahhabi sebenarnya cuba memecahkan kesatuan umat Islam khususnya dengan menutup pintu perselisihan pendapat dan menuduh golongan yang bercanggah dengan mereka adalah sesat dan bid’ah.



Golongan Wahhabi cuba menegaskan bahawa, perbezaan pendapat tidak dibenarkan dalam memahami Al-Quran dan As-Sunnah, dan hanya ada satu sahaja kefahaman yang benar dan perlu diikut, sedangkan kefahaman yang lain adalah sesat atau bid’ah.



Contohnya, dalam isu doa qunut dalam solat Subuh.Golongan Wahhabi menegah daripada membacanya sedangkan itu merupakan masalah khilafiyah (masalah yang para ulama’ berselisihan pendapat mengenainya), dan Mazhab As-Syafi’e khsusnya, menyatakan bahawa membaca qunut pada Solat Subuh adalah sunat.



Bukan itu sahaja, bahaya yang paling besar yang dibawa oleh Salafi Wahhabi ialah, At-Takfir (mengkafirkan orang lain). Golongan Wahhabi terlalu mudah mengkafirkan orang lain khususnya mereka yang mengikut golongan sufi ataupun golongan yang tidak sependapat dengan mereka. Inilah pintu perpecahan umat Islam yang paling utama. Disamping itu juga, mereka terlalu cepat membid’ahkan orang lain dan menganggap setiap perkara baru dalam agama adalah bid’ah yang sesat, sedangkan kebanyakkan para ulama’ menegaskan bahawa, bid’ah terbahagi kepada bid’ah yang menyesatkan dan bid’ah yang dibenarkan.



Oleh kerana itulah, kebanyakkan ulama’-ulama’ muktabar di serata dunia, menolak fahaman Wahhabi. Ini kerana, golongan Wahhabi membawa kepada perpecahan di dalam umat Islam dan membawa kepada ta’asub dan fanatik terhadap satu pendapat sahaja dan tidak membenarkan perbezaan pendapat. Inilah pintu perpecahan yang perlu ditutup dalam masyarakat Islam.



Persoalan yang lain ialah, adakah fahaman Wahhabi ini merupakan suatu fahaman yang bersesuaian dengan Ahul Sunnah wal Jammah ataupun tidak? Ataupun, persoalannya, adakah Salafi Wahhabi merupakan mazhab dalam Islam, ataupun ianya merupakan sebuah ideologi?



Para ulama’ dan guru-guru kami di Mesir khususnya telah memdedahkan banyak kesalahan para Wahhabi dalam masalah memahami al-Quran dan As-Sunnah khususnya dalam masalah aqidah.



Golongan Wahhabi mempercayai bahawa Allah s.w.t. duduk di atas Arasy dan Allah s.w.t. sedang berada di atas langit. Mereka juge percaya bahwa Allah s.w.t. mempunyai rupa paras dan berjasad. Mereka berpandukan ayat-ayat al-Quran Mutasyabihat (kesamaran maknanya), yang mana ianya tidaklah bermaksud seperti yang mereka sangka.



Ahlul Sunnah wal Jamaah secara mutlak menafikan Allah s.w.t. bertempat dan berjasad. Ini kerana, ianya menyebabkan Allah s.w.t. berhajat kepada tempat sedangkan Allah s.w.t. tidak memerlukan apa-apa pun.



Namun, di Malaysia, segelintir golongan yang terpengaruh dengan kefahaman Wahhabi hanyalah berkaitan dengan masalah fiqh, tidak bersangkutan dengan masalah aqidah. Golongan Salafi Wahhabi di Malaysia nampaknya hanya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut hukum-hakam semata-mata, seperti berkaitan dengan ibadah dan pergaulan. Mereka membid’ahkan qunut, membid’ahkan tarikat sufi, membid’ahkan majlis sambutan maulid Rasulillah s.a.w. sedangkan perkara-perkara tersebut tidaklah bid’ah yang sesat seperti sangkaan mereka.



Golongan Salafi di Malaysia berkemungkinan tidak sepenuhnya memahami apa itu Wahhabi, mazhab yang mereka pegang secara mendalam. Ini kerana, buku-buku yang mendokong fahaman Wahhabi dalam Bahasa Malaysia kebanyakkannya menyebarkan fahaman Wahhabi dari sudut ibadat, tidak dari sudut Aqidah mereka.



Walaupun hanya masalah ibadah dan fiqh, yang disebarkan oleh golongan Wahhabi di Malaysia, namun bahayanya ialah, pendirian mereka dalam membid’ahkan dan menyesatkan golongan yang tidak sehaluan dengan mereka khususnya golongan sufi dan golongan yang bermazhab As-Syafi’e di Malaysia.



Sebenarnya, golongan salafi tidak sepatutnya menyebarkan fahaman Salafi Wahhabi dalam masyarakat awam di Malaysia, kerana masyarakat awam seharusnya berpegang dengan mazhab mufti dan mazhab negara mereka, di mana kebanyakkan di kalangan para mufti adalah bermazhab syafi’e dan mazhab umat Islam di negara Malaysia secara umumnya ialah mazhab Syafi’e.



Adakah golongan Salafi Wahhabi dianggap sebagain golongan mujaddid (pembaharu) yang membawa arus reformasi dalam masyarakat Islam, khususnya dalam bidang agama mereka?



Jawapannya, tidak. Ini kerana, masyarakat awam Islam di Malaysia hanya perlu mengikut mufti mereka dan mazhab mereka ialah mazhab mufti mereka, seperti yang ditekankan oleh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi. Maka, fahaman-fahaman yang bertentangan dengan mazhab mufti sesebuah masyarakat seharusnya tidak boleh didedahkan dan diperbincangkan di khalayak awam agar mengelakkan perpecahan dalam masyarakat awam dan mengelakkan kekeliruan dalam umat Islam.



Maka, seruan kepada para pendokong Salafi Wahhabi di Malaysia agar tidak memecahbelahkan masyarakat dengan kefahaman Wahhabi dengan membid’ahkan sesuatu perkara sewenang-wenangnya. Boleh jadi, sesuatu yang kita anggap ia merupakan bid’ah ada dalilnya dalam Islam, Cuma kita sahaja yang tidak mengetahuinya. Bukankah lebih baik agar kita tidak memecahkan perpaduan masyarakat Islam di Malaysia yang seharusnya berpegang dengan mufti mereka selagimana para mufti masih berpegang dengan Al-Quran dan As-Sunnah.



Semoga Allah membantu kita dalam mengembalikan kedaulatan Islam dan menegakkan perpaduan dalam umat Islam.



Wallahu a’lam….





Al-Faqir ila Allah:



Raja Ahmad Mukhlis bin Raja Jamaludin As-Syazuli

Tahun 4

Fakulti Usuluddin (Tafsir)

Universiti Al-Azhar, Zagzig

Mesir

(rujukan lagi tentang Wahhabi: http://sufi303.multiply.com )

Tajdid jangan pecah belah umat - edisi 10

Utusan Malaysia (Arkib: 04/05/2010)
Apakah maksud islah dan tajdid?
DR. ROSLAN: Menurut Ibn Manzur dalam bukunya Lisan al-Arab jilid 2, islah bermaksud menghilangkan kerosakan atau mendirikan semula sesuatu yang telah runtuh.
Islah dari segi istilah adalah usaha mengembalikan sesuatu keadaan kepada sesuatu keadaan yang betul, tepat dan sesuai.
Kalimah islah amat luas digunakan dalam al-Quran. Contohnya, perkataan islah, aslaha, aslahu, yuslihu, muslihin dan aslih.
Perkataan-perkataan ini terdapat dalam ayat yang secara langsung memberi kefahaman bahawa umumnya islah ini merujuk kepada sesuatu perkara yang berubah daripada keburukan kepada kebaikan.
Tajdid menurut Kamus Dewan bermaksud menghidupkan kembali ajaran Rasulullah SAW yang semakin ditinggalkan akibat amalan bidaah.
Daripada penjelasan maksudnya, tajdid bererti mengembalikan semula sesuatu kepada bentuk asalnya setelah ia rosak atau hilang bentuk keaslian tanpa mengurangkan apa-apa daripadanya atau menggantikannya dengan yang lain.
Daripada segi bahasa, tajdid mempunyai beberapa pengertian. Menurut Ibn Manzur, perkataantajdid adalah kalimah Arab yang berasal daripada jaddada dan yujaddidu. Tajdid yang bermaksud sebagai sayyarahu jadidan iaitu menjadikannya baru atau bernafas baru.
Jika diperhalusi, kalimah jaddada bermaksud 'membaharukan sesuatu hingga ia menjadi baru'.
Apa pula maksud 'membaharukan sesuatu hingga ia menjadi baru'?
DR. ROSLAN: Untuk memahaminya, sesuatu yang diperbaharui itu mesti melalui tiga peringkat.
Pertama, sesuatu yang diperbaharui itu mestilah sedia wujud, hidup dan manusia yang hidup dengannya.
Kedua, ia rosak dan tercemar setelah berlalunya masa dan ketiga, sesuatu yang telah kotor itu diperbaharui iaitu dimurnikan semula.
Kalimah tajdid daripada segi bahasa merujuk kepada sesuatu melalui tiga tahap perkembangan iaitu tahap kemunculan, tahap kehancuran dan tahap pembinaan semula.
Melakukan tajdid dalam agama bukanlah bermaksud mencipta agama baru tetapi memperbaiki keadaan agama yang telah rosak setelah beberapa tempoh dari penurunan agama tersebut.
Kalau 'tajdid' itu membawa kepada berpecah-belah masyarakat, pada saya itu tidak boleh dinamakan islah dan tajdid.
Apakah pendekatan islah dan tajdid Muhammad Abdul Wahhab?
DR. ROSLAN: Muhammad Abdul Wahhab ialah pengasas kepada gerakan pembaharuan dan ideologi wahhabi di Hijaz. Beliau adalah tokoh yang mewarnai pendekatan reformis abad ke-18.
Dilahirkan di Uyaynah, Najd, Saudi pada tahun 1703 dan meninggal dunia pada tahun 1792 pada usia 89 tahun.
Abad ke 18 Masihi selalu dikaitkan dengan kemunculan gerakan pembaharuan dan reformis Islam. Ia berlaku di mana gerakan pembaharuan ini muncul di pelbagai tempat.
Bagi reformis abad ke 18, salah satu tanda penyelewengan masyarakat Islam adalah adaptasi praktis yang dicedok daripada agama lain. Contohnya berdoa kepada wali dan menganggap wali boleh memberi berkat dan melakukan keajaiban.
Di kalangan pengikutnya, cetusan pembaharuan Muhammad Abdul Wahhab juga dikenali sebagai gerakan al-Muwahhidun walaupun rata-rata masyarakat menamakannya sebagai gerakan wahhabi.
Beliau mengambil pendekatan pembaharuan untuk membanteras amalan-amalan yang menurutnya adalah khurafat dalam masyarakat di Najd. Antara amalan tersebut adalah pemujaan terhadap para wali, alim ulama, sahabat nabi serta kepada Nabi SAW.
Penduduk Najd dikatakan mengunjungi kubur yang dianggap keramat secara beramai-ramai, menghias kubur dengan pelbagai hiasan dan dibuat binaan dengan bumbung yang pelbagai bentuk.
Ini amat tidak disenangi oleh Muhammad Abdul Wahhab kerana ia tidak dilakukan pada zaman Rasulullah. Oleh itu, pendekatan beliau adalah dengan meratakan tanah perkuburan agar tiada lagi usaha pemujaan dilakukan dan memperlihatkan bahawa setiap kubur itu adalah sama, tiada istimewa antara satu dengan yang lain.
Beliau menyeru kepada tauhid dan pembaharuan pendekatan terhadap al-Quran dan hadis. Beliau menyeru kepada amalan ijtihad.
Beliau menjalin hubungan baik dengan pemimpin politik tempatan yang bersetuju melaksanakan ajarannya. Jihad dengan maksud berperang bukanlah tujuan utama pergerakan yang diasaskan beliau.
Namun, beliau mendapat tentangan ulama dan pemimpin lain yang melihat adanya ancaman terdapat mereka daripada ajaran yang dibawanya.
Gerakan wahhabi mempunyai dua tujuan utama iaitu membersihkan akidah umat Islam dan membasmi bidaah. Beliau banyak dipengaruhi oleh gerakan salafiah yang dipelopori oleh Ibn Taimiyyah dan Ibn al-Qayyim.
Gerakan beliau menyebabkan ramai golongan sufi berasa tidak senang. Mereka berasa terancam dengan seruan Muhammad Abdul Wahhab yang seolah-olah mahu membanteras amalan-amalan yang dipraktikkan.
Beliau melihat kegiatan dan amalan golongan sufi bukan sahaja mengandungi unsur-unsur bidaah tetapi turut mengandungi amalan yang tidak betul dan boleh membawa kepada syirik seperti tawassul dengan Tok Sheikh yang dianggap sebagai wali dan keramat.
Begitu juga beberapa amalan yang dikatakan bidaah dan ditentang oleh beliau seperti mengadakan perayaan Maulid Nabi, majlis khusus untuk wirid, zikir dan sebagainya.
Dalam masalah furu' (cabang) yang melibatkan hukum fikah, beliau mengamalkan mazhab Hanbali. Tauhid beliau menekankan kepada tiga serangkai iaitu tauhid rububiah, tauhid uluhiah dan asma' wal sifat.
Apa pula pengaruh ajaran wahhabi di Malaysia?
DR. ROSLAN: Ajaran wahhabi ini mengambil pendekatan agak keras, semata-mata memberi penekanan kepada Allah dengan menolak sunah Rasulullah, tawassul, syafaat dan lain-lain (petikan pandangan Muhammad Uthman el-Muhammadi dalam Utusan Malaysia, 27 Nov. 2005)
Lalu ajaran ini menentang hal-hal melibatkan ibadat umum seperti bacaan talkin, membaca Yasin pada malam Jumaat, bacaan qunut dalam solat Subuh, bacaan bismillah secara jahar (kuat), selalu menggerakkan jari telunjuk ketika tahiyat dan meletakkan tangan di dada ketika solat.
Pengaruh ajaran ini lebih terkesan di Perlis dengan penerapan ideologi islah dalam undang-undang tubuh kerajaan Perlis iaitu dalam Perkara 17.
Ia menetapkan seorang raja yang akan dilantik hendaklah beragama Islam yang beraliran Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ).
Demikian juga untuk melantik seorang pemangku Raja atau jemaah pemangku Raja haruslah yang beraliran ASWJ (Perkara 3:1).
Ini adalah langkah yang baik tetapi ia menjadi kontroversi apabila penghuraian maksud ASWJ itu oleh golongan islah hanya merujuk kepada al-Quran dan sunah tanpa berpegang kepada mazhab tertentu. Malah adakalanya tidak langsung berpegang kepada mana-mana mazhab.
Mereka lebih suka membebaskan diri daripada cengkaman fahaman mazhab dan ingin mengimplementasi galakan untuk melakukan ijtihad daripada bertaklid kepada mazhab. Ada juga yang mengatakan ia sebagai la mazhabiyyah atau tanpa mazhab.
Barangkali dalam hal ini, elok kita merujuk kepada peringatan Allah sebagai jalan tengah mengharmonikan keadaan agar sesuai dengan amalan masyarakat Islam di Malaysia. Islahdan tadjid mestilah tidak ke arah perselisihan mahu pun perpecahan.
Ini bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: ...Jika kamu semua berselisih dalam sesuatu perkara maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul- jika kamu benar beriman keada Allah dan hari akhirat...(an-Nisa': 59)

What Is Angina?




Angina is chest pain or discomfort that occurs if an area of your heart muscle doesn't get enough oxygen-rich blood.

Angina may feel like pressure or squeezing in your chest. The pain also can occur in your shoulders, arms, neck, jaw, or back. Angina pain may even feel like indigestion.

Angina isn't a disease; it's a symptom of an underlying heart problem. Angina usually is a symptom of coronary heart disease (CHD).

CHD is the most common type of heart disease in adults. It occurs if a waxy substance called plaque (plak) builds up on the inner walls of your coronary arteries. These arteries carry oxygen-rich blood to your heart.

Lelaki Pakai Emas Putih, Bolehkah?

Soalan :

Huraian berkenaan hukum orang lelaki memakai emas putih dan platinum, adakah harus kerana ia bukan emas seperti emas kuning?

JAWAPAN :

Hukum lelaki memakai emas amat jelas hukumnya, iaitu haram berdasarakn begitu banyak dalil-dalil hadith, antaranya :-

Ali bin Abu Talib r.a. berkata:

"Rasulullah s.a.w. mengambil sutera, ia letakkan di sebelah kanannya, dan ia mengambil emas kemudian diletakkan di sebelah kirinya, lantas ia berkata: Kedua ini haram buat orang laki-laki dari umatku." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, Nasa'i, Ibnu Hibban dan Ibnu Majah)

Tetapi Ibnu Majah menambah:

"halal buat orang-orang perempuan."

Nabi s.a.w. juga pernah melihat seorang laki-laki memakai cincin emas di tangannya, kemudian oleh Nabi dicabutnya cincin itu dan dibuang ke tanah.

Kemudian beliau bersabda:

"Salah seorang diantara kamu ini sengaja mengambil bara api kemudian ia letakkan di tangannya. Setelah Rasulullah pergi, kepada si laki-laki tersebut dikatakan: 'Ambillah cincinmu itu dan manfaatkanlah.' Maka jawabnya: 'Tidak! Demi Allah, saya tidak mengambil cincin yang telah dibuang oleh Rasulullah.'" (Riwayat Muslim)

Dan seperti cincin, menurut apa yang kita saksikan di kalangan orang-orang kaya, yaitu mereka memakai pena emas, jam emas, gelang emas, bekas penghidup rokok emas, gigi emas dan seterusnya adalah haram hukumnya.

Inilah rupa emas putih yang cantik bersinar tetapi haram dipakai oleh lelaki.


Bagaimanapun, bagaimana pula hukum emas putih? Adakah hukumnya sama seperti emas biasa yang berwarna kuning?

Untuk menjawab soalan ini, kita perlu memahami apakah itu emas secara umum.

Emas adalah unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki simbol Au (bahasa Latin: 'aurum') dan nomor atom 79. Sebuah logam transisi (trivalen dan univalen) yang lembek, mengkilap, kuning, berat, "malleable", dan "ductile". Emas tidak bereaksi dengan zat kimia lainnya tapi terserang oleh klorin, fluorin dan aqua regia. Logam ini banyak terdapat di nugget emas atau serbuk di bebatuan dan di deposit alluvial dan salah satu logam coinage. Kode ISOnya adalah XAU. Emas melebur dalam bentuk cair pada suhu sekitar 1000 derajat celcius. (http://id.wikipedia.org/wiki/Emas )

Inilah namanya emas. Sekarang, jika terbukti emas putih adalah dari jenis yang sama logamnya maka hukumnya adalah sama dengan emas kuning. Jikalau kita melihat takrif emas putih di bawah :-

White Golds: What are they?
What are 'white golds'? Are they a special form of gold? Do they contain gold? These are typical questions often asked of us. Well, they are not a special form of gold (which is why you cannot get 24 carat white gold). Actually, they are true carat golds, just like yellow or red carat gold jewellery. They are gold alloys that look white rather than yellow. The white colour is achieved by careful choice of the alloying metals, which bleach the deep yellow of pure gold. ( Rujuk : http://www.gold.org/jewellery/technology/colours/white.html

Juga disebut bahawa :-

"White gold is an alloy of gold and at least one white metal, such as silver or palladium. Like yellow gold, white gold is measured in Karats." (http://en.wikipedia.org/wiki/White_gold)

Berdasarkan keterangan dari sumber-sumber yang berwibawa ini, saya kira adalah jelas bahawa emas putih adalah jenis logam yang sama dengan emas kuning cuma ia terdapat campuran logam berwarna putih samada dari perak atau palladium. Justeru, hukumnya adalah sama iaitu Haram buat orang lelaki dan halal bagi kaum wanita memakainya.

Adapun Platinum, ia adalah jenis logam yang berlainan

Dalam takrifannya Platinum adalah : "Platina adalah suatu unsur kimia dalam tabel periodik yang memiliki lambang Pt dan nomor atom 78. Sebuah logam transisi yang berat, "malleable", "ductile", berharga, berwarna putih-keabuan. Platinum tahan karat dan terdapa dalam beberapa bijih nikel dan copper. Platinum digunakan dalam perhiasan, peralatan laboratorium, gigi, dan peralatan kontrol emisi mobil." ( Rujuk : http://id.wikipedia.org/wiki/Platina )

Jelas dari penjelasan ini, bahwa emas putih bukanlah platinum sebagaimana yang didakwa beberapa pihak sehingga membawa kepada fatwa halal orang lelaki memakai emas putih kerana ia adalah platinum.

Kesimpulannya : Halal bagi lelaki memakai platinum dan haram baginya untuk memakai emas putih. Bagaimanapun yang terpilih tetap perak bagi orang lelaki, kerana ia adalah sunnah Nabi SAW jua.

Sekian

Artikel ini hasil tulisan Ust Zaharuddin Abd Rahman
[Rujuk www.zaharuddin.net]

Thursday, July 29, 2010

Anda dan Diabetes melitus


Pada hari ini ku menulis lagi, tp bukan lg cerita kisah-kisah sosial. Kali ini rasa terpanggil untuk menulis tentang diabetes melitus@kencing manis. Melalui sepanjang pembelajaran ku, kencing manis ini ada 2 jenis, iaitu type 1 dan type 2. Diabetes type 1 adalah disebabkan kerosakkan pada organ manusia yang dikenali sebagai pancreas. Pancreas xmampu untuk berfungsi dengan baik dan xmampu mengeluarkan insulin. Insulin adalah agen untuk menurunkan gula dlm dari untuk diberikan kepada sel badan yang memerlukan gula. Insulin berperanan sebagai anak kunci untuk masuk kedalam sel. Tanpa anak kunci yang betul mana mungkin boleh masuk dalam rumah. Apabila insulin tidak dapt dihasilkan oleh pancreas akan membawa kepada peningkatan kadar gula dalam darah. So mereka akan dikenalpasti sebagai pengidap diabetes.
Manakala diabetes type 2 ialah pancreas dapat menghasilkan insulin tetapi insulin itu tidak berfungsi atau tidak mampu menampung kebanjiran gula dalam darah dan lama-kelamaan insulin itu lali dan tidak efisien lg. Seumpama anak kunci yang telah haus. Bagi pengidap diabetes type 2, gaya pemakanan mereka adalah faktor utama kepada penyakit type 2. Pengambilan gula yang banyak menyebabkan insulin akan lali dan xberkesan lagi untuk menukar kan gula kpd bentuk yang diperlukan sel kita…. Sekian dr faizalkini.

Wednesday, July 21, 2010

Serangan Kilat Jerman ke atas England


walaupun piala dunia sudah berlalu, pengalaman melihat pelawanan jerman menentang bala tentara Epl tidak dapat dilupakan. serangan balas jermaan sepantas kilat menlenyapkan haran fan england seluruh dunia. anak buah capello seumpama tergamam dan tak mampu berbuat apa-apa melihat corak game jerman yang dianggap luarbiasa dan berada pada suatu tahap yang amat tinggi ketika ini. sebagaimana di ketahui umum, corak permainan england yang pantas sebagaimana liga nya tidak mampu menyaingi serangan sepantas kilat jerman yang membedil kubu england sehingga ranap berkecai umpama debu2 gunung berapi berterbangan di Iceland....sekian dr faizalkini..

Tuesday, July 20, 2010

Cerita Ikan Paus Panjat Gunung


Pada suatu masa saintis menemui tulang ikan paus diats gunungdi kutub utara, mereka bingung knp tulang ikan paus boleh berada ats guniung itu.. mereka pk ada orang bw ikan paus ats gunung pada awlnta.. setelah pk lg..mcm tidak logik org angkat ikan paus ats gunung. Mereka juga berpendapat ikan paus itu panjat gunung tersebut. Ternya setelah bt kajian demi kajian mmg benar ikan paus panjat gunung itu. Paus mati krn tyidak dpt mnyesuaikan diri pada kedaan itu sdgkan ia adalah mamalia punyai paru2.
Moral: sebagai mana merc syraikat kereta yg hebat 20 tahun dulu dan kini hebat coz mereka bersifat dinamik dan tidak statik pada tapak yg sama. Mereka berubah mengikut masa… sekian dr faizal kini

Pelajar Ngn Lectuter Havard Uni


4 orang sewa keta pi jln2 d town d amerika pada hari sabtu dan ahd tp belum puas berjln sehingga arini isnin xbalik ke uni. Mereka srepatut nya attend test pada isnin. Mereka berpakat nk ckp kt lect bahawa xsempat balik coz tayar bocor dan diminta buat test pada hari lain. Hari selasa mereka pun jumpa lect dan cite sebgaimana d plan kan. Maka lect ckp ok dan dtg esok . esoknya mereka di letakan dlm 4 bilik asing yg mana ada satu soalan dlm test mereaka. Soalan nya ialah tayar mana yang pancit. Maka terbongkar tembelang 4 pelajr tersebut krn semua jwb berlaian jwpan…mereka xpk smpi begitu sekali lect blh tnya..sekian dr fzl kini

Monday, July 12, 2010

Pak Engku Dgn Guru Garang


Ada sorang guru di raub yg begitu garang pada zaman dahulu kala. Pak engku adalah salah seorang anak muridnya. Pada suatu masa die diberi 10 latihan mate. Pada ptg nya p.enku main bola setelah malm tiba hujan dan angin.pelita ayam digunakan sebagai lampu zaman dahulu lalu api nya xblh nyala dgn stabil kerana angin. Lalu esok nya pak engku berpk die akan di rotan 1latihan 1 rotan ber makna 10 rotan die akan kena d punggung nya. Nk ponteng xboleh coz guru itu akan pi umh sape xpi sekolah. Dirumahnya bnyk upih pinang lalu diletakan upih dlm seluar dlmnya. Zaman dulu ke sekolah seluar pendek.
Dalam kelas guru tnya abu berpa xsiap, abu: 4 cikgu , guru: pilih rotan dalam kotak ( bnyak rotan besar hingga kecil). Biasanya pelajar pilih yg sedang2 je coz yg besa sakit, yg kecil pedih. Maka dirotan 4 kali di punggung abu .tiba p.engku pulak..bpae xsiap p.eku.. jwbnya 10 cikgu.. pilih rotan. 3 kali cikgu pukul , cikgu bunyi lain pd punggung p.engku.buka seluar lalu tipu helah p.engku terbokar…upih pinang di tarik gurunya. P.engku kena 20 rotan. Gurunya hampur ketawa wktu melihat upih pada punggung p.engku.
Darjah 3 pakengku mana boleh pk sampai bunyi pukulan tersebut.. dr faizal kini

Lagu j.sham dan rumah bernombor 66




Rumah 66 tampin dalam lagu j.sham adalah bersebelahan dengan seorang guru pak engku. 6 bulan pak engku mencari gurunya tetapi berjumpa akhirnya. Gurunya menyuruh nya membeli rumah 66 tersebut krn nnti sepnjangmasa org akan menyanyikan umah itu. Umah itu dihuni bangali tika itu. Guru itu menceritakan knpa j.sham menjadikan lagu umah itu. Menurutnya umah itu dihuni oleh makwe j.sham yang bernama hasyimah suatu masa dahulu. Hubungan nya tersekat oelh family..so..umh itu di ilhamkan dlm lagu j.sham sempena umh buah atinya sehingga kini lagunya dimainkan mungkin hingga ntah bila kita tidak ketahui…nukilan faizal kini

Tuesday, June 29, 2010

Pemindahan darah membawa maut


Pemeriksaan darah bertujuan untuk mengenalpasti kumpulan darah ABO serta mengkaji ciri-ciri sel darah. Kumpulan darah ABO berbeza antara individu akibat keturunan genetik. Individu yang mempunyai darah kumpulan A mempunyai protein aglutinogen di permukaan sel eritrositnya yang bertindak balas dengan serum anti-A dan menghasilkan gumpalan atau aglutinasi. Fenomena yang serupa berlaku pada kumpulan darah B, AB dan O apabila ditindakbalas dengan anti-A, anti-B dan anti-H masing-masing. Kumpulan darah harus dikenalpasti kerana ianya mustahak dalm proses pemindahan darah yang boleh mengakibatkan maut jika kumpulan darah yang berlainan tercampur.
Nisbah kumpulan darah ABO juga berbeza antara jantina dan bangsa.
Kekurangan darah atau anaemia berlaku apabila seseorang individu mempunyai tahap kepekatan hemoglobin yang rendah.

Monday, June 28, 2010

Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya

Oleh:Abu Bakar Bin Yang
Pegawai Penyelidik


Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam banyak bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di bidang kejuruteraan genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang.
Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu untuk mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah. Kalau pada zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah oleh segolongan masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik, pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan InVitro Fertilization atau dalam bahasa malaysianya sebagai kaedah Bayi Tabung Uji.
Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan.
Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan berbagai-bagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia.
Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang sebegini. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang berbunyi;
yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."
Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merobah ciptaan Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan kebaikan dan manfaat kepada manusia.
Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam. Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu, di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan, kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah seperti manusia biasa.
Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan teknologi yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di luar daripada kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri. Maka timbulah isu wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain. Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.
Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan spesis-spesis binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi sebaliknya memudharatkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.
Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi ruang kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.
Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.
Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia, ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah dibolehkan.
Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan, maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain, ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.
Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan alam sekitar.

Thursday, June 24, 2010

Pengklonan kambing kacukan Jermasia



Kambing gabungan nama Jerman dan Malaysia. Baka kambing dari Jerman itu dipilih kerana daging dan susunya berkualiti manakala kambing tempatan mempunyai ketahanan yang tinggi terhadap penyakit dan sesuai dengan persekitaran Projek itu yang menggunakan teknik suntikan sperma intrasitoplasma (ICSI) dan pemindahan nukleus (pengklonan). kambing induk yang dipilih ialah kambing Jermasia matang yang berumur satu setengah tahun.

Pengklonan dijalankan dengan menyuntik sel granulosa penderma yang diperoleh daripada COC Jermasia.Selepas aktivasi, embrio yang diklon dibasuh dan dikultur di dalam medium kultur selama 72 jam sebelum dipindahkan kepada ibu tumpang pada peringkat lapan hingga 16 sel. Proses penghamilan mengambil masa lebih kurang 5 bulan (142-150 hari). Selain itu kaedah transgenik telah digunakan dalan sektor perikanan.

Dimana gen-gen terbaik dalam ikan dipilih bagi menghasilkan ikan yang lebih besar dan terbaik. . Contoh haiwan lain ialah ikan tilapia transgenik mempunyai 3 kali berat ikan tilapia biasa.

Nilai global tanam-tanaman GM dianggarkan lebih dari 2.8 bilion pound sterling untuk 2005. Anggaran kawasan satu dunia tanam-tanaman ini untuk tahun 2004 adalah 200 juta ekar. Tetapi syarikat-syarikat biotek belum lagi membuat sebarang keuntungan seperti yang mereka jangkakan kerana negara-negara Eropah iaitu pasaran utama mereka masih meminggirkan barangan mereka. Negara-negara Eropah masih membantah akan idea makanan yang diubahsuai, dan para penganalisa memberi amaran akan kemungkinan perang perdagangan dengan AS tentang penglabelan makanan GM ini

Wednesday, June 23, 2010

Kejuteraan Genetik Dalam Farmaseutikal




Pakar Barat kini berusaha menghasilkan tanaman yang sudah menjalani pengubahsuaian genetik (GM) bagi menghasilkan pelbagai ubat dan dadah. Penyelidik dan syarikat bioteknologi mula melakukan kejuruteraan tanaman untuk menghasilkan pelbagai bahan farmaseutikal seperti vaksin yang boleh dimakan, terapi protein serta antibodi yang dihasilkan kilang. Untuk memahami kesan teknologi ini, bayangkan pokok pisang emas yang menghasilkan antibiotik atau ubat pening kepala daripada epal. Lebih ekstrim lagi, viagra daripada epal atau pil perancang yang tumbuh dalam ciku.

Ahli sains menggunakan bioteknologi untuk mengubah tumbuhan tertentu bagi menghasilkan protein seperti antibodi monoklonal, iaitu komponen protein dalam sistem kekebalan badan yang dihasilkan bagi menjayakan sasaran tertentu. Antibodi ini dibangunkan untuk rawatan barah, sakit jantung dan penyakit kronik. Malaysia pada hari ini telah menghasilkan biji benih kelapa sawit bagi meningkatkan produktiviti pekebun sawit terutama bagi penghasilan buah tandan segar (BTS) dan memudahkan urusan penuaian. Ia juga bertujuan memenuhi permintaan industri yang memerlukan bekalan bahan mentah minyak sawit bukan saja untuk kegunaan makanan tetapi juga untuk kegunaan pengeluaran produk oleokimia, farmaseutikal dan kegunaan industri lain. Selain itu, ia berupaya menghasilkan peratusan kandungan bahagian minyak cair yang tinggi untuk tujuan produk makanan, peratusan kandungan minyak isi ruang tinggi untuk tujuan produk oleokimia dan industri bukan makanan, kandungan karotin (Vitamin A dan E) yang tinggi bagi produk farmaseutikal.

Pada asasnya, usaha meningkatkan pengeluaran bahan perubatan menerusi GM membantu mengatasi sebahagian daripada masalah pengeluaran yang menghantui pengeluar ubat masa kini. Pengeluar ubat mendapati amat sukar membina keupayaan pengeluaran yang mencukupi bagi memenuhi tuntutan yang semakin meningkat.

Usaha untuk menghasilkan sistem membiakkan protein pada tumbuhan lebih murah berbanding membina dan menyediakan kilang biologi yang perlu dinyah kuman seperti yang digunakan kini. Oleh kerana kawasan ladang boleh ditambah dengan mudah dan cepat, konsep menanam tumbuhan GM untuk menghasilkan ubat menawarkan cara paling berkesan bagi memenuhi tuntutan pasaran. Pakar Barat menggunakan istilah perladangan tumbuhan GM untuk menghasilkan ubat sebagai `pharming’ (perladangan ubat iaitu gabungan perkataan `farming’ dan `pharmacy’ iaitu berladang dan ubat...bersambung di post yang lain akan datang

Tuesday, June 15, 2010

Air masak dan bayi


Pada masa dulu aku sentiasa melihat ibuku memberi air masak kepada adikku yang ketika itu masih bayi.Aku juga merasakan tindakan itu adalah betul kerana pemerhatian ku terhadap ibu-ibu lain juga sebegitu. Namun jangkaan ku itu silap setelah aku masuk ke universiti dan mengambil jurusan Sains Biokesihatan di Universiti Malaya. Dalam pengajianku baru ku sedar bahawa memberikan air masak kepada bayi sebenarnya suatu perbuatan yang tidak baik. Hal ini kerana bayi mempunyai perut yang kecil dan hendaklah diisi dengan susu ibu untuk pembesaran bayi yang baik. Jika ibu memberi air masak maka bayinya akan kenyang dan tidak mahu lagi minum susu.

Di tempat ku ada suatu kes yang mana seorang akak ni bertanyakan kepada ku , faizal kenapa anak akak tidak naik timbangannya. Dan aku tanya die, adakah die selalu bagi air masak kepada bayinya. Dia mengakui kerap memberikan air masak kepada bayinya. Bayi memerlukan nutrient yang optimum bagi tumbesaran yang sempurna dari aspek mental dan fizikal oleh itu jauh bayi anda daripada memberi air masak dan susui la mereka.

Monday, June 14, 2010

Pasar Besar Tanah Merah: Suatu Kisah Lelaki


Aku baru tiba di Stesen Kereta Api Tanah Merah dari Gua Musang. Melilau-lilau mencari surau untuk solat zohor. Terasa segar apabila air menyentuh kulit. Aku solat seorang diri. Kemudian, aku menyeberangi jalan raya untuk ke Pasar Besar Tanah Merah. Perut sudah minta diisi. Kali ini dengan makanan berat. Ah ha, sup kuetiau amat sesuai pada kali ini. Keadaan pasar agak lengang. Barangkali orang sudah mula masuk bekerja dan waktu makan tengah hari bagi yang bekerja di pejabat sudah tamat. Aku memilih sebuah gerai yang agak terbuka kedudukannya, supaya dapatlah kiranya aku menghirup udara yang lebih segar.

Makanan yang kupesan cepat disiapkan, aku kira. Wah, wap panas dari sup melenggang-lenggang, menambahkan lagi selera aku. Beg galasku aku letakkan di atas sebuah kerusi. Dan, selepas memerah potongan limau nipis, aku menyuap kuetiau tanpa segan silu. Buat apa nak malu, kakak yang masak sup untuk aku pun tahu aku baru tiba dari tempat jauh. Tentu lapar. Sambil makan, aku menikmati panorama bandar Tanah Merah dari atas pasar.

"Kau 'nak buat apa lepas 'ni?" Jelas sekali suara dari sebelahku. Oh, rupa-rupanya ada dua orang lelaki sedang berbual sambil minum teh 'O' ais. Seorang misainya agak lebat dan seorang lelaki rambutnya sedikit panjang dan hampir-hampir terlindung lubang telinganya kerana tidak dirapikan.

Lelaki yang berambut panjang tersenyum kepadaku apabila aku memerhatikan mereka, kemudian berpaling ke arah lelaki bermisai tebal dan berkata,"Saya mahu berniaga. Berniaga kecil. Modal pun kecil."

"Maksud kau...."

"Saya nak jadi peniaga di tepi jalan atau di pasar malam,"

"Bagus, aku setuju."

"Tapi bang, ada masalah sikit."

"Masalah apa?"

"Budak perempuan yang saya berhajat nak jadikan bini saya, tak suka kalau saya jadi peniaga jalanan."

"Kenapa pulak?"

"Yalah. Saya kan lulusan U? Baginya bukan standard saya berniaga di tepi jalan atau pasar malam."

"Eh, dia seorang sahaja ke atau mak bapak dia pun tak suka kau jadi peniaga jalanan?"

"Mak bapak dia pun tak suka."

"Orang tua kolot!" Lelaki bermisai tebal itu separuh menjerit. Saya menoleh ke arahnya sambil menggenyeh-genyehkan hidung. Hish, siapa pula bubuh belacan dalam sup aku ni, bisikku.

Aku selesai menghilangkan rasa laparku. Sebelum minum air, seperti biasa aku akan sedikit masa kerana aku mengikut pesan Datuk Ismail Kamus: ambil sedikit masa sebelum minum selepas makan. Baik untuk kesihatan. Aku membuka beg galasku dan sebuah buku kumpulan cerpen Anwar Ridhwan yang berjudul Dunia adalah Sebuah Apartmen kubelek. Aku memilih untuk membaca cerpen 'Dalam Kabus'. Kisahnya seputar lelaki yang bekerja di lombong bahan galian yang berharga. Asalnya dia merupakan seorang nelayan di pantai. Ketika dia menjadi nelayan, dia tertarik mahu ke lombong kerana pekerjaan di sana lebih menjanjikan. Ketika mendapat tahu akan hasratnya itu, teman-temannya mengusiknya dengan menceritakan tentang kisah seorang lelaki dan seorang puteri. Ah, cerpen Anwar Ridhwan ada cerita dalam cerita. Ringkasnya, tentang harapan untuk kehidupan yang lebih baik. Harapan menjadikan kita sanggup menunggu kerana di hujung penantian kita meyakini ada sesuatu yang amat nikmat akan kita peroleh.

"Adakah itu cita-citamu sejak kecil? Maksud aku, nak meniaga,"lelaki bermisai tebal bertanya kepada pemuda yang berambut panjang yang tidak bersikat, sambil menyuap sepotong pisang goreng. Aku tenggelam dalam cerpen yang kubaca sehingga tidak sedar bahawa mereka memesan sepiring pisang goreng yang dicurahkan sos di atasnya.

"Ya."

"Habis tu. Apa masalahnya? Teruskanlah dengan cita-citamu itu."

"Gadis yang saya nak buat bini tu, macam mana?"

"Macam mana mancam mananya? Tak usah pedulikan larangannya. Hei, kalau ada 10 budak muda macam kau yang tunduk tak tahu hujung pangkal hanya kerana perempuan yang dicintai, bagaimana ekonomi kita nak maju? Kau mesti yakinkan dia bahawa apa yang kaubuat adalah benda yang baik."

"Susah tu," lelaki berambut panjang bernada pesimis.

"Cuba dulu, sungguh-sungguh. Insya Allah, dia akan faham. Memang lelaki sukar untuk membuat keputusan apabila telah dimagnet dengan tarikan perempuan, tapi kita perlu cuba untuk berwaras dalam semua keadaan," perlahan-lahan lelaki yang bermisai tebal menuturkan. Seorang peniaga menyapanya dengan memanggilnya sebagai Deris.

"Min, kita hidup ni bukan untuk perempuan yang kita cinta sahaja. Kita ada masyarakat yang menagih sejuta tenaga kita. Kita ada bangsa yang harus diletakkan pada tempatnya. Paling penting, kita ada agama untuk ditegakkan."

"Kalaulah keputusanmu memang tetap mahu berniaga, dan perempuan itu memutuskan untuk tidak menjadi isterimu, anggaplah semua itu dugaan. Tidak ada satu pun perjuangan tanpa pengorbanan."

Aku membayar makananku, lagipun penjual sup sudah mula mengemas-ngemas premisnya. Aku turun dari Pasar Besar Tanah Merah, mencari-cari teksi sapu. Aku mudah sahaja dapat menaiki sebuah kereta Datsun berwarna merah (tali pinggang keledarnya sudah rosak).

"Saya mau ke Bukit Merah," beritahuku pada pemandu. Aku tersenyum, kemudian menambah,"mahu melawat bapa saudara." Dia membelokkan kenderaannya ke suatu jalan untuk keluar dari bandar Tanah Merah. Bunyi enjinnya sedikit mengerikan, tapi aku senang dengan bunyi sebegitu - mengingatkan betapa aku juga akan menjadi tua.

Ketika aku meninggalkan bandar itu, matahari mula mengurangkan terik cahayanya sambil bertenggek di hujung pohon-pohon di bahagian barat kawasan bandar yang membangun itu. Dan, aku terdengar sayup-sayup suara azan dari sebuah masjid - lembut dan damai.-zamzurimustafa-

"Kau tetap seperti usia 25 tahun walaupun usiamu 60 tahun."

Tiket bas ke Kuala Lumpur sudah habis. Tapi, saya harus segera ke Kuala Lumpur kerana esok ada urusan penting. Saya terpaksa menaiki teksi ke Kuala Lipis terlebih dahulu jika mahu segera ke sana. Sebelum bertolak, saya meminta seorang teman menjemput saya di Stesen Bas Jalan Pekeliling.

Sesudah melalui kawasan berbukit-bukau yang ditumbuhi hutan, kelapa sawit, getah dan belukar serta dihiasi dengan sungai-sungai jernih, akhirnya saya tiba di Stesen Bas Kuala Lipis. Stesen bas ini baru dibina, dan letaknya di Bandar Baru Kuala Lipis. Di sekitarnya terbina deretan rumah kedai. Sebenarnya, saya mampir di Kuala Lipis sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Lumpur.

Jam sudah masuk pukul 4:30 petang setibanya saya mencecahkan kaki di bumi Kuala Lipis. Saya meluru ke sebuah kaunter tiket bertanyakan perjalanan ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, pukul 5:30 petang ada bas ke Kuala Lumpur melalui jalan lama Kuala Lipis - Raub. Wah, ini suatu pengalaman baru.

Sementara menunggu ketibaan bas, saya meninjau-ninjau sekitar stesen bas. Akhbar dan majalah yang dipamerkan tidak menarik minat saya untuk membelinya. Bersebelahan stesen bas, ada sebuah medan selera. Seperti suasana di stesen bas, keadaan di situ juga lengang. Beberapa lelaki sesekali ketawa ketika berbual-bual. Daripada loghat mereka, mereka orang Pahang.

Saya melihat dua orang India -seorang lelaki dan seorang perempuan - sedang bersembang. Tidak jauh dari saya, seorang perempuan tua seperti menunggu seseorang. Di hadapannya, kelihatan seorang lelaki dan seorang gadis sedang berbual-bual.

"Saya akan bertunang, kemudian kahwin. Dalam tahun ini juga," jelas sekali suara gadis berbaju kurung itu. Lelaki yang duduk selang dua buah kerusi darinya sedikit terkejut.

"Wah, budak perempuan yang aku selalu usik waktu mengaji di rumah Imam Mat sekarang 'dah 'nak kahwin. Bagus." Lelaki itu tubuhnya kurus, tampak gembira dengan pengumuman gadis bertudung coklat itu. Barangkali mereka dari kampung yang sama.

"Abang pula, bila 'nak kahwin? Umur 'dah 'nak masuk 30 puluh," entah mengapa, aku turut merasakan soalan itu juga ditujukan untukku.

"Errr. Eerr," lelaki itu menggaru-garu cuping telinganya. "Tak semua lelaki kacak macam aku kahwin pada usia yang muda. Ada beberapa perkara lagi yang perlu aku buat sebelum berkahwin. Rasanya tak perlu aku beritahu."

"Berilah nasihat atau apa-apa yang boleh saya pakai sebagai persiapan sebelum berumah tangga." Dengan wajah yang berseri-seri, gadis itu mengharapkan sesuatu nasihat dari lelaki itu.

"Hei, aku tak kahwin lagilah. Kau mintalah nasihat dari Datuk Fadzilah Kamsah."

Perempuan itu mencebik bibirnya, lelaki itu terkekeh-kekeh.

"Amboi, bakal pengantin ni! Tak sabar-sabar nampaknya." Dari raut wajahnya, lelaki itu juga tumpang gembira. Lelaki itu diam seketika, kemudian menggaru-garu cuping telinganya.

"Kalau kaumau suamimu seorang yang setia, er maksud aku ialah suamimu tak akan pandang perempuan lain selainmu, atau senang cakap suamimu tak akan tergoda dengan perempuan lain. Kunci utamanya terletak pada dirimu."

"Eh, kenapa pula!" perempuan itu kehairanan.

"Kau yang membuat pilihan dengan siapa kauberkahwin."

"Maksud abang?"

"Begini," lelaki itu membetulkan duduknya." Seorang suami yang hanya memandang isterinya, tidak akan sedar akan perubahan fizikal isterinya. Hal ini kerana setiap hari melihat wajah isterinya, dia tidak sedar akan perubahan yang berlaku pada diri isterinya kerana perubahan itu berlaku secara beransur-ansur."

Perempuan itu cuba memahami butir percakapan lelaki berambut lurus itu. Rambut lelaki itu terenjut-enjut diusap angin lembap."Katakanlah kauberpisah dengan temanmu. Sekian lama tak bertemu, akhirnya kalian bertemu dalam sebuah majlis. Maka, akan ada komen-komen seperti kau semakin tembamlah, kau semakin kuruslah dan macam-macam lagi. Komen-komen sebegitu lahir kerana adanya perbandingan antara kau pada masa lalu dan kau pada masa sekarang. Dalam memori mereka, kau begitu. Apabila bertemu, kau begini kerana dalam memori mereka, kau masih begitu."

"Kautau, perempuan yang berkahwin dan melahirkan anak - tak kiralah berapa ramai - akan hilang seri remaja dari wajahnya. Seri wajah remajamu akan hilang dirampas oleh anak-anak dan kepayahan hidupmu. Bukannya mudah membesarkan anak-anak."

"Tapi, yang menariknya jika suamimu menjaga matanya dari melihat perempuan-perempuan lain, kau akan tetap seperti pada hari perkahwinanmu kerana suamimu tidak sempat membandingkanmu dengan perempuan yang jauh lebih muda daripadamu. Di matanya, kau seperti pada hari pernikahanmu walaupun kau berusia 60 tahun. Umur kau sekarang 25 kan?"

Gadis itu senyap.

"Kaumuda atau tua bukanlah kerana usiamu sudah meningkat. Bukan. Tapi kerana adanya perbandingan antara kau dan perempuan lain. Begitu juga kecantikan."

Lelaki itu diam sebelum menggenyeh-genyehkan matanya. Mulutnya ditahan dikatup dengan tapak tangannya apabila dia menguap.

Sepi memanggung suasana petang yang teduh.

Saya cuba mengingati percakapan mereka. Barangkali saya boleh catatkan perbualan mereka. Gadis yang akan bertunang tadi sudah berlalu. Mungkin dia ke surau untuk solat asar. Dari jauh saya dapat lihat sebuah bas perlahan-lahan memasuki kawasan stesen bas. Dan, angin sore berhembus lembut - menyegarkan saya dengan udara lembapnya.-zamzurimustafa-